Bayern pinjam Philippe Coutinho dari Barcelona dengan pilihan untuk membeli.

KISAH PERPINDAHAN bekas pemain Liverpool yang menyertai Barcelona, Philippe Coutinho akhirnya berakhir.


Setelah dikaitkan dengan beberapa kelab termasuklah Arsenal, Coutinho yang menyertai Barcelona daripada Liverpool dalam perpindahan kontroversi akhirnya menyertai kelab Jerman, Bayern Munich.

Perpindahan tersebut dilakukan secara pinjaman dengan kelab Jerman itu mempunyai klausa untuk membeli pemain tersebut selepas tempoh pinjaman berakhir.

Dan perpindahan secara pinjaman itu menelan belanja sebanyak £7.8 juta yang terpaksa dibayar Bayern kepada Barcelona.

Bagaimanapun, sekiranya Bayern berhasrat untuk membeli pemain itu selepas berakhirnya tempoh pinjaman, wang sebanyak £109.8 juta perlu disediakan mereka kerana ianya telah ditetapkan dalam perjanjian itu.

Barcelona will loan Philippe Coutinho to Bayern Munich for the 2019-20 season. The deal will cost Bayern £7.8m plus wages, and the agreement also includes an option to buy, fixed at £109.8m.
-- Guardian

Sebelum ini, Countiho menyertai Barcelona dari Liverpool dengan nilai perpindahan sebanyak £105 juta.

Post a Comment

Previous Post Next Post