Situasi Dani Ceballos diibaratkan seperti 'diluah mati emak, ditelan mati bapak'.

ARSENAL mencatatkan kemenangan kedua dalam saingan liga dengan menewaskan Burnley, 2-1 Sabtu lalu.



Pada perlawanan Arsenal menentang Burnley pada Sabtu lalu, gol dari Alexandre Lacazette dan Pierre-Emerick Aubameyang menyempurnakan kemenangan The Gunners tetapi aksi Ceballos lebih mendapat perhatian berbanding penjaring gol-gol Arsenal itu.

Persembahan Dani Ceballos sangat mengagumkan apabila beliau berjaya menghasilkan dua bantuan gol ketika membantu kemenangan The Gunners di Stadium Emirates.

Kelincahan dan gerakan beliau dalam mengemudi barisan tengah amat terselah pada perlawanan tersebut dan ini sedikit sebanyak melegakan peminat serta penyokong setelah Arsenal dilihat turut menghadapi masalah pada jendera tengah sebelum ini.

Kekurangan kreativiti dan pemain yang mampu memberi sokongan kepada jentera serangan boleh dikatakan dapat diatasi dengan kehadiran pemain ini.

Namun, situasi mungkin menjadi sukar musim kerana pemain Sepanyol ini merupakan pemain pinjaman daripada Real Madrid.

Dani Ceballos dibawa masuk ke Emirates secara pinjaman untuk tempoh semusim dan berharap dapat menandatangani pemain itu secara tetap musim depan namun menurut laporan Marca, Arsenal tidak mempunyai klausa dalam kontrak pinjam untuk membeli pemain itu.

The London club won't have the option to buy the midfielder when his loan expires but will pay his full 3 million euro yearly wage.
-- Marca 

Prestasi mengagumkan yang dipamerkan beliau ketika menentang Burnley mungkin menyebabkan Arsenal bakal menghadapi masalah dalam menandatangani beliau secara tetap.

Menurut Tony Cascarino, yang kagum dengan pemain Sepanyol itu ketika aksi kemenangan 2-1 The Gunners ke atas Burnley, beliau beranggapan bahawa Arsenal mengharapkan  Ceballos melakukannya dengan baik tetapi tidak terlalu baik bagi memudahkan kerja dalam membawa pemain itu secara tetap ke Emirates.

Dan penjelasan beliau itu (Tony Cascarino) dibuat kepada The Times : "Saya kagum dengan aksi Dani Ceballos ketika Arsenal melawan Burnley.

"Dia mempunyai segalanya: ketabahan, keupayaan teknikal, dan dia memakai jersi itu seolah-olah dia seorang pemain Arsenal semenjak 15 tahun yang lalu.

"Saya merasakan seperti dia benar-benar mahu menunjukkan 'kelaparannya' untuk bermain bersama Arsenal, yang mana Arsenal telah 'kehilangan' pada bahagian tengah sebelum ini.

"Dia menunjukkan apa yang dia ada. Dia dipinjamkan, jadi Arsenal perlu berharap dia tidak melakukan terlalu baik, bermakna mereka tidak boleh menandatanganinya (jika Ceballos terlalu cemerlang).



"Dia adalah sebahagian daripada pasukan yang Unai Emery perlahan-lahan mahu membentuk dengan metodologinya."

Malah pakar ataupun  pundit BBC Sport, Garth Crooks juga memuji Ceballos atas persembahannya terhadap Burnley.

Dia berkata: "Penglibatan Dani Ceballos dalam usaha memberikan Reiss Nelson peluang adalah sangat hebat.

"Namun ianya sedikit diganggu dengan VAR.

"Pemuda ini boleh bermain. Dia nampaknya mempunyai sentuhan Aaron Ramsey dalam permainannya, walaupun lebih bergerak bebas.

"Ia akan menjadi menarik apabila Mesut Ozil kembali dan untuk melihat sama ada Unai Emery akan menurunkan gandingan dua pemain ini.

"Dengan David Luiz berada dalam pertahanan mereka, Ozil akan kembali setelah pulih sepenuhnya, Alexandre Lacazette dan Pierre-Emerick Aubameyang di depan, derby North London tiba-tiba kelihatan sangat menarik."

Mampukah kita melihat aksi dan gandingan pemain-pemain yang dinyatakan Crooks tadi dalam masa terdekat?

Adakah anda teruja?

Yang pasti, penulis sangat teruja untuk melihat gandingan Ceballos, Pepe, Ozil, Auba dan Laca.

Namun situasi Ceballos ini boleh diibaratkan seperti diluah mati emak, ditelan mati bapak', tersepit antara Arsenal dan Real Madrid jika terlalu cemerlang.

Post a Comment

Previous Post Next Post