Mike Dean tetap Mike Dean, tindakan pengadil itu dalam melakukan keputusan sukar untuk diterima.

SIAPA yang tak kenal Mike Dean dan jangan gelar diri anda peminat dan penyokong Arsenal sekiranya tidak mengenali beliau.



Perlawanan menentang Burnley Sabtu lalu mencetuskan kembali ingatan mengenai beberapa keputusan Mike Dean terhadap Arsenal sebelum ini.

Hubungan antara peminat dan penyokong Arsenal bersama Mike Dean tidak pernah 'harmoni' dan ianya menjadi lebih teruk pada tahun 2012 apabila pengadil itu meraikan gol penyamaan Tottenham ketika derby Utara London menentang Arsenal.


Dan setiap kali selepas itu, boleh dikatakan pengadil tersebut sememangnya tidak dialu-alukan ketika mengadili perlawanan melibatkan Arsenal.

Terbaru, tindakan pengadil itu melayangkan kad kuning kepada penyerang Arsenal, Aubameyang kembali mencetuskan kemarahan penyokong The Gunners terhadap pengadil yang mula mengadili perlawanan Liga Perdana Inggeris semenjak tahun 2000.

Sebelum ini, bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger sentiasa bertengkar dengan pengadil tersebut namun hubungan Dean dengan pengendali baharu The Gunners, Unai Emery mungkin bakal mengikuti jejak langkah Wenger yang tidak menggemari pengadil itu.

Ini kerana tindakan pengadil tersebut yang melayangkan kad kuning kepada Aubameyang ketika pemain tersebut cuba menghadang sepakan percuma yang diambil oleh pemain Burnley menimbulkan persoalan mengenai keputusan yang dibuat oleh Mike Dean itu.
Mungkin Aubameyang silap kerana tidak berada dalam jarak melebihi 10 ela, namun Dean juga silap kerana tidak menegur Auba ketika sepakan tersebut bakal dilakukan, sekiranya Auba tidak berada melebihi 10 ela.

Dan tindakan melayangkan kad kuning itu sukar untuk dipercayai....

Post a Comment

Previous Post Next Post