Bekas pemain tengah Arsenal, Reine-Adelaide sertai Lyon.

LYON melengkapkan perpindahan bernilai €25 juta untuk bekas pemain tengah Arsenal, Reine-Adelaide.


Jeff Reine-Adelaide melengkapkan perpindahan dari Angers ke Lyon dengan nilai perpindahan berjumlah €25 juta.

Pemain berusia 21 tahun itu menandatangani kontrak lima tahun selepas menjalani ujian kesihatan pada hari Rabu.

Pihak Angers juga bakal menerima bayaran tambahan sebanyak €2.5 juta sebagai insentif dan akan menerima 15 peratus daripada nilai jualan pemain tersebut pada masa hadapan, sekiranya Lyon menjual Reine-Adelaide.
"Olympique Lyonnais mengalu-alukan Jeff Reine-Adelaide, yang dianggap salah satu harapan besar  untuk masa depan bagi kedudukannya," kata kelab Ligue 1.

Pemain antarabangsa Perancis Bawah-21 menyertai Angers secara tetap tahun lepas selepas menyertai kelab tersebut secara pinjaman dari Arsenal.

The Gunners dikatakan mempunyai peluang untuk merampas perpindahan pemain itu ke Lyon dengan membuat tawaran yang sama.

Reine-Adelaide membuat 35 penampilan Ligue 1 musim lepas dan menjaringkan gol terakhir Sabtu lalu dalam kemenangan pembukaan liga 3-1 ke atas Bordeaux.

Post a Comment

Previous Post Next Post