Kenali Empat Pemain Baru Arsenal Women

Empat orang pemain baru telah dibawa masuk oleh pengurus Arsenal Women, Joe Montemurro untuk menghadapi musim baru 2019/20. Mereka adalah Manuela Zinsbeger (penjaga gol), Jennifer Beattie (pemain pertahanan), Leonie Maier (pemain pertahanan), dan Jill Roord (pemain tengah).

MANUELA ZINSBERGER



Biodata Ringkas
Nama: Manuela Zinsberger
Tarikh & tempat lahir: 19 Oktober 1995 di Stockerau, Austria
Warganegara: Austria

Dengan segala perwatakan sebagai penjaga gol moden, Zinsberger akan memberi saingan kepada Pauline Peyraud-Magnin untuk merebut tempat kesebelasan utama sepanjang musim 2019/20.

Beliau telah bermain bersama Bayern Munich selama lima tahun, memenangi dua kejuaraan Frauen Bundesliga, dan kekal menjadi penjaga gol nombor 1 Austria, dan sudah bermain lebih 40 caps antarabangsa.

Montemurro telah menetapkan corak permainan menyerang dan progresif sejak tiba di kelab pada November 2017, mengutamakan pergerakan bermula dari belakang. Falsafah permainan ini sangat padan dengan kekuatan Zinsberger.

Selesa apabila memegang bola dan boleh menukar arah permainan dengan hantaran bola pertama, beliau akan menjadi aset berguna untuk membuka dan melepasi tekanan dari pihak lawan, mengekalkan momentum dan memulakan serangan

Lebih cepat beliau menghantar bola kepada pemain bek sayap yang pantas dan bertenaga, lebih cepat kita boleh mara ke hadapan mengambil kesempatan kekosongan ruang dan kelebihan bilangan pemain yang bersedia untuk menyerang.
JENNIFER BEATTIE



Biodata Ringkas
Nama: Jennifer Patricia Beattie
Tarikh & tempat lahir: 13 Mei 1991 di Glasgow, Scotland
Warganegara: Scotland

Pemain pertahanan yang keras dan mempunyai pengalaman yang luas, Beattie sudah menjadi pemain yang lebih baik sejak meninggalkan kelab pada tahun 2013.

Pemain skuad antarabangsa Scotland ini pernah bermain di posisi penyerang, bek kiri, dan pertahanan tengah, namun kini beliau telah menyesuaikan diri di bahagian pertahanan tengah untuk kelab dan negara.

Bergandingan bersama Steph Houghton musim lepas terbukti mejadi salah satu gandingan paling kental di liga tertinggi England, selepas skuad Nick Cushing melalui 19 perlawanan musim lepas tanpa kalah sebelum ditewaskan oleh anak buah Montemurro.

Dengan ketinggian 5 kaki dan 10 inci, Beattie akan menambah kekuatan Arsenal di bahagian belakang dengan fizikalnya, membantu mengimbangi bahagian tengah dan serangan.

Manchester City mencatatkan purata penguasaan bola 60.7% dalam Women's Super League (WSL) musim lepas, hanya satu peratus kurang dari Arsenal. Memecah sistem pertahanan lawan juga bukan sesuatu yang baru untuk Beattie.

Beliau juga berada di tempat kelima dalam senarai pemain melengkapkan paling banyak hantaran bola dalam WSL musim lepas (1264) dengan peratus kejayaan sebanyak 86.5% - paling tinggi dalam liga. Hanya Leah Williamson melengkapkan paling banyak hantaran bola untuk Arsenal (1273).


LEONIE MAIER



Biodata Ringkas
Nama: Leonie Rebekka Maier
Tarikh & tempat lahir: 29 September 1992 di Stuttgart, Jerman
Warganegara: Jerman

Pemain bek kanan yang dinamik sangat dialu-alukan kedatangan ke Arsenal untuk kekosongan di posisi yang lebih mementingkan kekuatan fizikal.

Pemain antarabangsa Jerman ini sangat berkebolehan dalam situasi bertahan satu-lawan-satu, tetapi beliau juga mempunyai keyakinan yang baik di final third, menjaringkan 10 gol dalam 70 penampilan untuk negaranya.

Menjadi pemain yang serba boleh sangat penting untuk seorang pemain bek sayap dalam sistem Montemurro, yang mahukan pemain untuk menyumbang dan setiap fasa permainan. Dari mencipta pilihan hantaran bola untuk penjaga gol dan membuat bentesan di saat akhir, untuk memberikan ruang dan membuat hantaran bola dari garisan padang, pemain seperti ini perlu melakukan semuanya.
Lisa Evans menghabiskan kebanyakan masa pada musim lepas sebagai pemain tunggal bek sayap kanan, tetapi dengan kembalinya Tabea Kemme dari kecederaan, kita mempunyai banyak pilihan bertahan dan menyerang di bahagian sayap kanan.

Dengan Maier di bahagian bek kanan, daan Evans di bahagian sayap, kita mempunyai tenaga yang mencukupi dan kebolehan teknikal. Mereka juga boleh melakukan penggiliran di bahagian belakang ketika dalam tempoh yang sibuk, dengan salah seorang daripada Beth Mead atau Katie McCabe boleh bermain di bahagian kanan dalam formasi tiga penyerang.

Arsenal Women mempunyai tiga orang pemain wanita yang berbakat dan serba boleh di bahagian kanan yang akan memberikan segalanya untuk bermain kesebelasan utama pasukan.

JILL ROORD



Biodata Ringkas
Nama: Jill Jamie Roord
Tarikh & tempat lahir: 22 April 1997 di Oldenzaal, Belanda
Warganegara: Jerman

Pemain tengah yang dinamik mempunyai satu tabiat untuk muncul secara tiba-tiba di final third, Roord akan memberikan saingan yang serius kepada barisan pemain tengah kita yang sememangnya berkelas dunia.

Lia Walti, Jordan Noobs, Kim Little, dan Danielle van de Donk menikmati musim 2018/19 yang mantap - tetapi dengan kembalinya bola sepak Liga Juara-Juara Eropah dan Montemurro gemar menggunakan tiga orang pemain tengah, penggiliran pemain dilihat amat perlu untuk menjaga tempo yang sesuai dengan corak permainannya.

Ramai pemain tengah yang gagal untuk bersaing dengan bakat-bakat yang ada di sekeliling mereka - tetapi Roord hadir pada musim ini selepas melalui kempen Piala Dunia yang baik bersama pasukan Belanda, ditambah lagi dengan pengalamn luas bola sepak Liga Juara-Juara Eropah.

Pemain tengah teknikal yang boleh menggunakan kebolehan dengan baik apabila beroperasi di antara barisan, lebih turun ke bawah untuk menerima bola sebelum pantas membawa bola ke hadapan dan bermain hantaran bola satu-dua.

Falsafah Montemurro menawarkan kebebasan kepada pemain-pemain tengahnya, dan ini sudah pasti menguntungkan Roord, yang gemar hadir di saat akhir dalam kotak penalti.

Pemain berusia 22 tahun ini sudah membuat 28 penampilan dalam Liga Juara-Juara Eropah setakat ini, menjaringkan 18 gol juga. Pengalamannya boleh menjadi aset penting untuk kejayaan Eropah kita.

Sumber: Arsenal.com

Post a Comment

Previous Post Next Post