Kenapa Saya Tinggalkan Arsenal...- Alex Iwobi

Alex Iwobi mendedahkan mengapa beliau meninggalkan Arsenal untuk menyertai Everton...

Ianya kerana beliau ingin membuat nama untuk dirinya sendiri, dan menggalas lebih banyak tanggungjawab.

Pemain sayap ini mengakhiri hubungan 15 tahun bersama the Gunners pada musim panas ini apabila menyertai Everton pada Deadline Day.

Alex Iwobi 
Beliau telah membuat 148 penampilan (menjaringkan 15 gol, membuat bantuan 27 gol) dalam semua kejohanan untuk Arsenal namun tidak dianggap sebagai pemain tetap kesebelasan utama oleh pengurus Arsenal, Unai Emery.

Menceritakan perpindahannya di laman sesawang rasmi Everyon: “Tawaran itu terlalu lumayan untuk ditolak.

“Pengurus memberitau saya bahawa: ‘Masih ada tempat untuk kamu, kami akan menjaga kamu.’

Secara ringkasnya, perkara-perkara yang anda ingin dengar sebagai seorang pemain bolasepak.

“Beliau telah memberikan saya keyakinan untuk bermain dengan baik. Saya sudah bersedia dengan babak dan cabaran baru dalam hidup saya. Saya sentiasa mempunyai tanda pemain remaja di Arsenal, dan harapan saya, dengan perpindahan ini saya dapat mencipta nama dalam Premier League (PL) dan mencipta sejarah bersama Everton.

“Saya berharap dapat menggalas lebih banyak tanggungjawab dan menambah sesuatu ke dalam pasukan juga.”

Iwobi merupakan pemain ketujuh yang ditandatangani Everton dalam jendela perpindahan pemain musim panas 2019 ini. Beliau tidak bermain semasa the Toffees seri tanpa jaringan menentang Crystal Palace pada Sabtu lepas.

“Ini merupakan masa yang mengujakan untuk Everton. Saya sudah melihat setiap pemain baru yang dibawa masuk - dan mereka mempunyai bakat yang hebat,” kata Iwobi.

Bukan saya sahaja. Terdapat beberapa pemain berkualiti yang hadir sebelum saya, dan mereka masih disini.

“Pengurus kelab sudah bekerjasama dengan Richarlison dalam tempoh yang lama dan berjaya membantunya mencipta nama. Saya berharap beliau bukan sahaja dapat melakukan perkara yang serupa untuk saya, tetapi untuk Moise Kean dan pemain-pemain baru yang lain juga.

Post a Comment

Previous Post Next Post