Calum Chambers Wajar Dipuji

Calum Chambers tenang mengawal pertahanan Arsenal
Menurut Unai Emery, Arsenal akan terus meningkatkan bahagian pertahanan mereka selepas kemenangan 1-0 ke atas Newcastle United semalam, kemenangan kedua dalam perlawanan PL di tempat lawan tanpa bolos sepanjang tempoh pengurusannya di Stadium Emirates.

Emery tidak lupa untuk memberikan pujian kepada pemain pertahanan tengah Inggeris, Calum Chambers yang kemas menjaga barisan pertahanan Arsenal bersama Sokratis Papastathopoulos, Ainsley Maitland-Niles dan Nacho Monreal.

"Musim lepas merupakan musim yang baik untuk Calum kerana beliau bermain banyak perlawanan untuk Fulham. Selepas tamat pra-musim, beliau layak untuk bermain dan sangat focus sementara Sokratis sentiasa serius," kata Emery kepada Daily Star Sunday.

Arsenal berjaya menang 1-0 tanpa menggunakan dua orang pemain pertahanan yang baru tiba sebelum jendela perpindahan musim panas bagi kelab Inggeris ditutup, iaitu David Luiz yang memanaskan bangku simpanan, dan Kieran Tierney yang masih menjalani sesi rawatan pemulihan kecederaan pinggang yang dialami ketika masih bersama Celtic.

Calum Chambers dilihat sangat bersedia untuk memastikan beliau dipilih dalam perlawanan setiap minggu, bermain di posisi kegemarannya, dapat dilihat dalam beberapa perlawanan pra-musim yang lalu.

Ternyata pengalaman bermain di Fulham pada musim lepas membantu beliau untuk lebih tenang dan yakin semasa mengemudi pertahanan Arsenal. Beliau telah dinamakan sebagai Pemain Terbaik Tahunan Fulham pada musim lepas (mendapat 48.4% undian daripada para penyokong Fulham), walau tidak dapat membantu Fulham mengelak dari tersingkir dari PL.

Calum Chambers ketika beraksi untuk Fulham secara pinjaman musim 2018/19
Andai Calum boleh mengekalkan momentum permainannya seperti semalam, tidak mustahil beliau boleh menjadi pemain utama Arsenal dalam beberapa musim akan datang.

Post a Comment

Previous Post Next Post