Unai Emery Mahu Mereka Sentiasa Bersedia Menerima Tekanan !

Bukayo Saka
Unai Emery memberitahu kepada para pemain remaja Arsenal untuk bersedia menyerap tekanan bermain di peringkat tertinggi.
Joe Willock, Reiss Nelson dijangka akan bermain menentang Newcastle United dalam perlawanan minggu pembukaan Premier League (PL) 2019/20, manakala Bukayo Saka menunjukkan kebolehannya dalam satu, dua perlawanan pra-musim di Amerika Syarikat. 
Joe Willock
Arsenal mahu menaikkan beberapa orang pemain remaja yang telah dinilai sebagai yang terbaik dari Hale End sejak beberapa musim lepas. 
Emile Smith Rowe, Tyreece John-Jules dan Konstantinos Mavropanos juga berharap dapat diturunkan salam beberapa perlawanan piala musim ini. Emery sudah menunjukkan bahawa beliau bersedia untuk memberikan peluang kepada bakat muda, memberikan pemain berusia 20 tahun, minit perlawanan bermain di PL lebih banyak daripada Aaron Ramsey, Henrikh Mkhitaryan atau Mesut Ozil musim lepas.
"Saya sudah bercakap dengan beberapa pemain muda pada pagi ini yang kita perlu meningkatkan tahap dan bermain di bawah tekanan," kata Emery kepada football.london.
"Bermain di peringkat tertinggi memang akan memberikan tekanan. Ianya bukan yang negatif, tetapi positif, dan ini berlaku kerana permintaan kami besar.
"Saya juga sudah bercakap dengan semua orang di kelab, pemilik kelab, Raul Sanllehi [ketua bolasepak], Edu [pengarah teknikal], menjadi lebih berdaya saing di pasaran pemain, dan selepas itu kami akan mulakan (untuk bersaing dengan lebih baik) di PL, Europa League, Piala FA dan Piala Carabao."
Nelson dijangka akan bermain di bahagian sayap, sedang Alexandre Lacazette masih melalui ujian kecergasan lewat. Willock perlu menunjukkan beliau bersedia untuk bermain pada perlawanan ini kerana Lucas Torreira, Dani Ceballos, Granit Xhaka dan Guendouzi semua meninginkan bermain kesebelasan utama dengan lebih kerap.

Hanya beberapa orang pemain sahaja yang bermain lebih minit perlawanan berbanding Willock dalam perlawanan-perlawanan pra-musim, dan Emery menawarkan harapan kepada pemain itu penampilan PL dalam sidang media pra-perlawanan: "Kami akan menyenaraikan skuad pada hari Ahad dengan pemain-pemain yang saya yakin akan beraksi 100%.
"Agak sukar untuk beberapa orang pemain untuk memberikan aksi dan permainan yang kami harapkan kerana mereka tiba ke kem latihan lebih lewat, atau berlatih dengan kami selepas kecederaan.."

Post a Comment

Previous Post Next Post