Pierre-Emerick Aubameyang tidak sabar beraksi bersama Pepe lebih lama.

PENYERANG sensasi The Gunner, Pierre-Emerick Aubameyang tidak puas beraksi bersama Nicolas Pepe.



Pemain antarabangsa Gabon berharap dapat beraksi bersama Nicolas Pepe dengan lebih lama dalam setiap perlawanan.

Pepe dibawa masuk Arsenal musim ini daripada Lille dengan nilai perpindahan termahal dalam sejarah kelab, sebanyak £72 juta pada jendela perpindahan musim panas.

Menentang Newcastle semalam, pemain termahal Arsenal itu hanya dimasukkan pada 20 minit terakhir perlawanan dan Auba merupakan satu-satunya penjaring yang berjaya menjaringkan gol pada perlawanan itu.


Jaringan Auba pada minit ke-58 memberikan skuad kendalian Unai Emery tiga mata berharga dalam perlawanan pembukaan musim baru, 2019/20.

Dan Pepe walaupun masih dianggap tidak sesuai (tidak bersedia) untuk dimulakan dalam perlawanan itu, ekoran baru menyertai pasukan dan baru menyelesaikan tugas bersama  Ivory Coast dalam Kejohanan Piala Negara Afrika.

Tetapi Auba memberi mesej sangat jelas kepada Emery bahawa beliau berharap pengendali Arsenal itu sedia memberi peluang kepada Pepe untuk menjadi pemain pemulaan The Gunners.

ARSENAL striker Pierre-Emerick Aubameyang hopes to start alongside club-record signing Nicolas Pepe soon after the Ivorian began on the bench in the side’s opening weekend win at Newcastle on Sunday.
-- Express 

"Saya tidak sabar untuk bermain dengannya, kerana dia pemain yang hebat," kata Aubameyang.

"Dia sudah menunjukkan dalam latihan bahawa dia mampu melakukan perkara yang hebat bersama kami. Semoga dia akan bermula tidak lama lagi. "

Pepe menjaringkan 22 gol dan membantu 11 dalam menghasilkan gol bagi saingan Ligue 1 musim lepas dan setelah menyertai Arsenal, beliau dengan jelas mengatakan kegembiraannya untuk beraksi bersama Aubameyang serta pemain-pemain lain.

"Saya fikir Özil, juara dunia, Lacazette, Aubameyang dan banyak lagi," katanya kepada Arsenal.com.

"Sudah tentu, itu adalah pemain-pemain yang bermain di minda kerana saya biasa menontonnya ketika berada di Lille.

"Juga, Lacazette pernah bermain untuk Lyon dan saya mempunyai peluang untuk bermain menentangnya dan ia akan menjadi satu penghormatan untuk bermain bersama dia."

Aubameyang juga menjaringkan 22 gol liga musim lalu yang melayakkan beliau dinobatkan selaku penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris bersama Mohamed Salah dan Sadio Mane.


Dengan kehadiran Pepe itu, ianya juga boleh memberi saingan kepada penyerang berbisa Arsenal itu dalam menghadapi saingan musim ini, terutamanya dalam perebutkan 'kasut emas' dan ketika ditanya mengenai anugerah tersebut, Aubameyang berkata: "Sebagai penyerang tentu saja ianya berada dalam fikiran.

"Tetapi pertama sekali, seperti yang saya katakan, yang paling penting ialah pasukan. Saya sangat gembira kerana jaringan itu dapat membantu kami memenangi perlawanan. "

Arsenal bakal menentang Burnley pada 17 Ogos ini jam 7.30 malam waktu Malaysia.

Post a Comment

Previous Post Next Post