Carl Jenkinson diberi peluang untuk menyertai Nottingham Forest

Pemain bek kanan Arsenal, Carl Jenkison sedang berunding dengan kelab Championship, Nottingham Forest mengenai potensi perpindahan tetap ke City Ground.

Menurut Daniel Taylor (wartawan akhbar Guardian), sudah terdapat perbincangan antara pemain tersebut dengan Nottingham Forest, dengan jangkaan yuran perpindahan sebanyak £2 juta.

Beliau merupakan pemain terakhir dalam kumpulan 'British core' Arsene Wenger, yang turut disertai oleh Jack Wilshere, Kieran Gibbs, Theo Walcott, Alex Oxlade-Chamberlain, dan Aaron Ramsey.

Walau sudah bersama kelab sejak tahun 2011 (sertai Arsenal dari Charlton Athletic), pemain yang menyarung jersi nombor 25 ini hanya membuat lapan penampilan musim lepas.

Beliau juga sudah bermain dengan kontrak pinjaman di West Ham United dan Birmingham City, dan bermain satu perlawanan antarabangsa untuk England pada tahun 2012, karier pemain ini tidak seperti yang diharapkan.

Jenko hanya membuat 41 penampilan untuk Arsenal dalam semua kejohanan dari tahun 2011 - 2019.
Peminat tegar Arsenal ini meraikan jaringan pertamanya untuk Arsenal ketika menentang Norwich City (2013/14)
Arsenal juga mempunyai masalah kekurangan pemain di bahagian bek kanan andai perpindahan Jenkinson selesai, kerana hanya Ainsley Maitland-Niles sahaja yang cergas, manakala Hector Bellerin masih belum pulih dari kecederaan lututnya.

Walaupun Calum Chambers pernah bermain di posisi itu suatu ketika dulu, namun itu bukanlah posisi terbaiknya, dan dia dilihat selesa bermain di bahagian pertahanan tengah dalam beberapa perlawanan persahabatan pra-musim sebelum ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post