❗️❗️❗️ Arsenal dan Juventus bakal berunding mengenai perpindahan Rugani

WAKIL Arsenal dan Juventus bakal berjumpa bagi membincangkan urusan perpindahan Daniele Rugani.

Hujung bulan lalu, Arsenal dilaporakan bersedia membuat tawaran untuk mendapatkan khidmat pertahanan tengah kelab Itali itu.


Dan awal bulan ini (Ogos), pihak Juventus dilaporkan telah menolak tawaran yang dikemukakan Arsenal yang berhasrat untuk meminjam pemain tersebut selama dua tahun.


Namun dalam perkembangan terkini, setelah Arsenal mengumumkan bahawa kapten pasukan, Laurent Koscielny telah sah meninggalkan  Emirates, wakil Juventus dan Arsenal dilaporkan bakal berjumpa bagi membincangkan urusan perpindahan pertahanan berusia 25 tahun itu.

Malah ianya turut dilaporkan (mengikut  Il Bianconero) bahawa pertahanan Itali itu sudah pun bersetuju untuk menyertai Arsenal musim depan (2019/20).
Arsenal akan meminjam bekas pemain Empoli itu untuk tempoh dua tahun dengan mempunyai syarat untuk membeli Rugani pada nilai  €40 juta selepas tempoh pinjaman tersebut berakhir.

Tawaran tersebut dilihat lebih 'selesa' buat kelab Serie A itu kerana mereka mempu memperolehi sedikit 'untung' berbanding menjual pemain tersebut pada jendela musim panas ini pada nilai €30 juta kepada Arsenal.

Post a Comment

Previous Post Next Post