Laurent Koscielny akan menyertai Bordeaux

Kapten Arsenal, Laurent Koscielny bersedia untuk melengkapkan perpindahan ke kelab Perancis, Bordeaux dengan yuran perpindah dijangka berjumlah £4.6 juta.

Keinginan pemain pertahanan Perancis ini untuk pulang ke negara asalnya jelas disampaikan kepada Unai Emery, dan bertindak tegas tidak mengikuti sesi jelajah pra-musim ke Amerika Syarikat.

Selepas memaksa kelab untuk membenarkannya keluar, akhirnya kini sudah ada kata putus antara pemain dan Bordeaux.

Laurent Koscielny sudah memenangi 3 Piala FA bersama Arsenal
Pemain berasal Tulle, Perancis ini berharap kelab dapat melepaskannya secara percuma sebagai penghargaan kepada khidmat sembilan tahunnya, namun the Gunners tegas dengan pendirian mereka bahawa perpindahan hanya berlaku andai ada bidaan harga terhadapnya.

Sesi perubatan dan kecergasan akan dilakukan selepas Koscielny selesai menandatangani kontrak bersama Bordeaux.

Arsenal sudah mencuba memujuk Koscielny berulang kali untuk terus kekal bersama kelab, namun tidak berhasil.

Selepas beliau enggan mengikuti skuad ke Amerika Syarikat, beliau telah dikeluarkan dari skuad utama dan dipaksa berlatih dengan skuad remaja.

Ketiadaan Koscielny bakal mengurangkan seorang lagi pemain pertahanan yang boleh diharapkan untuk memperbaiki kelonggaran bahagian pertahanan yang sangat rapuh dan mudah dibolosi sejak 2,3 musim kebelakangan ini.

Unai mengharap kelab dapat mempercepat usaha untuk mendapatkan pemain ganti di bahagian pertahanan tengah. Pemain Juventus, Daniele Rugani, dan RB Leipzig, Dayot Upacemano antara dua nama yang sering dikaitkan dengan perpindahan ke kelab utara London ini sebelum jendela perpindahan musim panas Premier League ditutup Khamis ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post