PENAMPILAN pertama dengan penuh gaya dan menggagumkan, Dani Ceballos.



Dani Ceballos membuat penampilan sulung Arsenal dan menciptakan dua bantuan gol ketika The Gunners meraih kemenangan 2-1 di laman sendiri bertemu Burnley.

Pemain tengah yang dipinjam dari Real Madrid mempamerkan prestasi menakjubkan, memberi  nafas baru pada barisan tengah Arsenal pada perlawanan tersebut.

Dan beliau  merekodkan 97 sentuhan pada perlawanan tersebut yang mana ianya merupakan yang paling banyak dikalangan rakan sepasukan beliau (Arsenal).

Malah, Ceballos juga membuat 70 hantaran dan mencipta empat peluang serta menjadi pemain Arsenal ketiga untuk merekodkan dua bantuan gol pada penampilan pertama dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
Sebelum ini, Henrikh Mkhitaryan, merupakan pemain yang mencatatkan rekod tersebut ketika menentang Everton pada 2018, dan Ray Parlor terlebih dahulu mencipta rekod ini.

Walaupun mengalami kesukaran untuk menyinar bersama Real Madrid, namun prestasi beliau pada penampilan pertama bersama Arsenal benar-benar mencuri tumpuan.

Post a Comment

Previous Post Next Post