David Luiz gembira berpindah dari Chelsea dan menyertai Arsenal.

DAVID LUIZ membuat debut Arsenal dalam kemenangan 2-1 ke atas Burnley pada saingan kedua liga dan menggambarkan menyertai musuh setempat Chelsea sebagai 'satu kepuasan'.

Pertahanan tengah berusia 32 tahun itu melakukan kejutan apabila berpindah dari Chelsea dan menyertai Arsenal pada hari terakhir jendela perpindahan, namun gembira dengan tindakan itu yang kembali menghubungkan beliau dengan Unai Emery.


Luiz dan Emery, kedua-dua mereka pernah bekerjasama di Paris Saint-Germain dan bekas pertahanan Chelsea itu sangat gembira untuk kembali bermain dibawah arahan serta kendalian bekas pengendali gergasi Perancis itu.

"Saya sangat senang berada di sini dan cuba untuk melakukan tugas saya dan juga untuk menikmati dengan pemain berkualiti di sini," kata pemain pertahanan itu selepas kemenangan ke atas Burnley. 

"Pasukan ini mempunyai banyak perkara yang perlu dilakukan, ia boleh ditingkatkan lagi dan  mampu bersaing untuk pertandingan lain.

"Kami akan memperbaikinya langkah demi langkah, bekerja keras dan ianya amat senang berada di sini kerana semua orang tidak sombong, semua orang mahu belajar, semua orang mahu memperbaiki dan kami mahu menjadikan kelab ini bersinar kembali.

"Ianya amat menyenangkan apabila menerima sokongan daripada semua orang, saya hanya berusaha untuk melakukan yang terbaik. Gaya saya adalah untuk bermain bolasepak dan juga memahami rancangan [taktikal] untuk bermain. "

Pemain antarabangsa Brazil itu membuat penampilan pertamanya bersama Arsenal dengan mencatatkan kemenangan 2-1 keatas Burnley dan terdapat sedikit perubahan corak permainan yang dipamerkan beliau berbanding kebiasaannya.

Dan beliau mengesahkan bahawa Emery telah mengarahkannya untuk melepaskan bola dari pertahanan ketika menentang pasukan tersebut.

"Kami berubah sedikit kerana permainan itu menunjukkan kami bermain dengan cara yang berbeza, tetapi apabila anda mempunyai keyakinan dan anda berlatih dengan pasukan, anda harus melaksanakan rancangan itu dan rancangan itu adalah untuk bermain dari belakang.

"Kami cuba melakukannya dan pada akhirnya saya fikir kami melakukannya dengan baik."

Alexandre Lacazette membuka jaringan di utara London, sebelum Ashley Barnes menyamakan kedudukan untuk Burnley sebelum rehat perlawanan.


Arsenal terus menguasai babak kedua dan Pierre-Emerick Aubameyang menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-64.

Post a Comment

Previous Post Next Post