David Luiz bantu Ainsley Maitland-Niles sebelum Arsenal mencatatkan kemenangan menentang Newcastle

DAVID LUIZ menyertai Arsenal pada hari terakhir jendela perpindahan musim panas dan penyertaan beliau daripada Chelsea boleh dikatakan agak mengejutkan.



Ini kerana Arsenal merupakan 'musuh setempat London' buat Chelsea, namun begitu pemain berusia 32 tahun itu berjaya membuktikan dirinya kini menjadi sebahagian watak penting dalam pasukan baru yang disertainya, Arsenal.

Pada perlawanan pembukaan liga Arsenal menentang Newcastle semalam, David Luiz merupakan pemain simpanan yang tidak digunakan ketika The Gunners mencatatkan kemenangan 1-0, yang mana tindakan tersebut (merehatkan Luiz dibangku simpanan) adalah kerana pemain itu hanya menyertai rakan sepasukan dua hari sebelum perlawanan bermula (Jumaat) dengan perpindahan sebanyak £8 juta dari Chelsea.


Pengendali Arsenal, Unai Emery memilih untuk menggandingkan Sokratis Papastathopolous dan Calum Chambers pada posisi pertahan tengah dan pasangan itu tampil dengan baik, membantu Leno untuk kekal tanpa dibolosi sehingga wisel penamat.

Pemain lain seperti Ainsley Maitland-Niles, juga tampil dengan aksi cemerlang untuk menghasilkan bantuan gol kepada Pierre-Emerick Aubameyang.


Maitland-Niles, 21, sebelum ini mengalami kesukaran dalam beraksi bersama skuad utama Arsenal semenjak berjaya membarisi pada musim 2017/18 dan beliau juga beraksi pada pelbagai posisi semenjak itu.

Namun pada perlawanan menentang Newcastle, beliau beraksi pada posisi pertahanan kanan, menggantikan Bellerin yang masih belum sembuh sepenuhnya.

Dan sebelum perlawanan bermula, peminat Arsenal dapat melihat dimana Luiz muncul untuk memberi kata-kata kepada Maitland-Niles dalam perjalanan memasuki terowong dan ke padang.

Davis Luis dilihat memperkatakan sesuatu kepada AMN sebelum Arsenal mencatatkan kemenangan menentang Newcastle.
Jelas, arahan Luiz yang disampaikan kepada Maitland-Niles mempunyai kesan yang diingini kerana pemain muda itu beraksi dengan baik dan mantap pada barisan pertahanan serta membantu serangan The Gunners.

Pun begitu, tidak dapat dipastikan apa sebenarnya yang diperkatakan oleh Luiz kepada Maitland-Niles.

Yang pasti, pemain muda Arsenal itu berjaya mempamerkan aksi yang cemerlang pada perlawanan itu.


Pada perlawanan tersebut, Maitland-Niles memenangi lebih banyak hadangan - tackle (sebanyak empat) dan melengkapkan lebih banyak gelecekkan - dribbles (empat) daripada mana-mana pemain Arsenal sambil turut membantu Aubameyang menjaringkan gol.

Perlawanan tersebut juga menyaksikan pemain-pemain muda dari akademi Arsenal seperti Reiss Nelson dan Joe Willock juga diberi peluang beraksi dalam kesebelasan utama The Gunners.


Patah tumbuh hilang berganti, selepas ketiadaan 'British Core', Arsenal tidak pernah kecewa dalam menghasilkan serta memberi peluang kepada pemain-pemain akademi dalam membina karier bolasepak.

#COYG

Post a Comment

Previous Post Next Post