Roma mahukan Shkodran Mustafi.

SELEPAS menjual Kostas Manolas ke Napoli pada awal musim panas ini, Roma terus mencari pengganti kepada kekosongan pertahanan tengah mereka itu.



Walaupun berjaya mendapatkan Gianluca Mancini dari Atlanta secara pinjaman, ianya tidak menghalang Paulo Fonseca untuk terus memperkuatkan barisan pertahanan tengah skuad kendalian beliau itu.

Roma sebelum ini dilaporkan berminat untuk menandatangani Toby Alderweireld (Tottenham) ataupun Dejan Lovren dari Liverpool, tetapi dengan jendela perpindahan telah pun ditutup buat Liga Inggeris , Spurs dilaporkan tidak ingin menjual pemain mereka kerana sudah pasti mereka juga tidak mampu mencari pengganti kepada pemain tersebut (seandainya dijual).

Dan ini menyebabkan mereka mula mensasarkan pertahanan Arsenal, Shkodran Mustafi yang dilihat sebagai pilihan lain sekiranya gagal mendapatkan Lovren sebagaimana dilaporkan oleh  Calciomercato News.

Unai Emery tidak menamakan Shkodran Mustafi di bangku simpanan untuk aksi pembukaan Liga Perdana menentang Newcastle pada hujung minggu lalu dan menggunakan gandingan Calum Chambers dan Sokratis pada pertahanan tengah.

Tindakan tersebut seoalah-olah memberi bayangan jelas kepada pemain Jerman itu yang mana khidmatnya tidak lagi menjadi pilihan ataupun keutamaan Emery musim ini.

Emery sebelum ini juga mendedahkan bahawa beliau mengizinkan Mustafi untuk berpindah walaupun pemain itu bertegas untuk kekal dan membuktikan kebolehan beliau bersama Arsenal, masih lagi relevan.


Dengan jendela perpindahan di seluruh Eropah kebanyakannya akan ditutup pada 2 September nanti, Arsenal masih mempunyai masa untuk mengurangkan bebanan belanja bulanan sekiranya mampu melepaskan Mustafi yang menerima gaji £90,000 seminggu.

Pun begitu, kelab Itali itu juga dikatakan berminat untuk menandatangi pemain pertahanan yang menjadi sasaran The Gunners, Daniele Rugani.

Malah laporan daripada Corriere dello Sport dan Gazzetta dello Sport (via Chiesa di Totti) mendakwa bahawa Rugani  semakin hampir untuk menyerai Roma dan perpindahan tersebut kemungkin berlaku awal minggu ini.

Arsenal sebelum ini dikatakan telah membuat tawaran untuk meminjam pemain tersebut selama dua musim dengan pilihan membeli pada akhir tempoh pinjaman itu, namun menemui kegagalan dalam rundingan itu.

Selain AS Roma, Mustafi juga dikaitkan dengan perpindahan ke Perancis apabila AS Monaco dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat beliau.

Post a Comment

Previous Post Next Post