Fran Stenson, penjaga gol muda berusia 18 tahun telah menyertai Arsenal Women dari Manchester City Women dengan kontrak jangka masa panjang.
Beliau memulakan kariernya bersama Birmingham City Women dan membuat debutnya pada Oktober 2017, menang 2-1 menentang Everton Women dalam Women's Super League (WSL).
Biodata Ringkas Fran Stenson
Nama: Frances Stenson
Tarikh & tempat lahir: 27 April 2001, England
Warganegara: England
Posisi: Penjaga gol
Kemudian beliau berhijrah menentang Manchester City Women pada tahun 2018, dan membuat debut untuk pasukan tersebut dalam perlawanan Piala FA WSL menentang Aston Villa pada Disember 2018.
Pada Februari 2019, beliau menyertai pasukan wanita Blackburn Rovers secara pinjaman yang bermain di FA Women's National League North.
Seorang pemain antarabangsa England, dan sudah mewakili skuad bawah 15 tahun, 16 tahun, dan 17 tahun England.
Sumber: Arsenal.com
![]() |
Fran Stenson beraksi bersama Manchester City Women pada 2018-2019. |
Seorang pemain antarabangsa England, dan sudah mewakili skuad bawah 15 tahun, 16 tahun, dan 17 tahun England.
Kelab | Musim | Saingan | Penampilan |
---|---|---|---|
Birmingham City | 2017–18 | FA WSL | 1 |
Manchester City | 2018–19 | FA WSL | 1 |
Blackburn Rovers (pinjaman) | 2018–19 | National League North | 0 |
Arsenal | 2019–20 | FA WSL | 0 |
Sumber: Arsenal.com