Elneny bakal ke Turki dengan pengarah kelab Galatasaray kini berada di London untuk berunding.

PENGARAH Kelab Turki berada di London untuk perbincangan bagi menandatangani pemain tengah Arsenal.

Menurut Futbol Arena, ​​Galatasaray berminat untuk menandatangani pemain Arsenal, Mohamed Elneny pada jendela perpindahan ketika ini.

Sebelum ini, Badou Ndiaye dan Fernando meninggalkan kelab Super Lig itu dan mereka (Galatasaray) membawa masuk pemain Fulham, Jean Michaël Seri secara pinjaman.

Pun begitu ianya tidak menghalang mereka daripada  terus  mencari dan  membawa pemain tengah lain.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, kelab Turki telah dikaitkan dengan beberapa pemain tengah dari England, termasuk Tiemoue Bakayoko dari Chelsea, Victor Wanyama dari Tottenham Hotspur dan Morgan Schneiderlin dari Everton.

Namun Futbol Arena mengatakan Galatasaray kini berminat untuk menandatangani pemain Arsenal, dengan laporan itu juga menjelaskan dimana pengarah kelab, Sukru Haznedar kini berada di London bagi rundingan untuk menandatangan Elneny.
Ia dilaporkan bahawa Galatasaray sedang mencari perjanjian pinjaman untuk mendapatkan Elneny, yang mana ianya mungkin 'menggoda' pemain Mesir itu untuk meninggalkan Emirates setelah peluang begitu terhad untuk beliau beraksi dibawah Unai Emery.

Bekas pemain Basel gagal memikat Emery dan langkah pinjaman boleh menjadi pilihan terbaik untuk kedua-dua pihak antara Elneney dan Arsenal kerana pemain tersebut masih mempunyai kontrak selama tiga tahun lagi.

Dan setakat ini tidak ada kelab yang mahu membuat tawaran pembelian selain pinjaman untuk mendapatkan pemain berusia 27 tahun itu.

Pun begitu, status terkini Elneny yang dimuat naik beliau pada laman twitter bagaikan memberi bayangan mengenai masa depan beliau bersama Arsenal.

Post a Comment

Previous Post Next Post