UNAI EMERY bertandang ke Anfield dengan kesebelasan berbeza berbanding perlawanan sebelum ini.
Apa yang menjadi persoalan adalah kenapa beliau tidak mengekalkan sahaja kesebelasan yang sama ketika menentang Burnley?
Bukan tidak boleh melakukan perubahan dan penukaran pada pemain dalam kesebelasan utama untuk perlawanan ini, cuma jangan "menukar".
Ini lawan Liverpool, juara Eropah dan bakal juara EPL 19/20, bukan lawan Manchester United atau kelab pertengahan liga.
Eksperimentasi yang keterlaluan tak perlu pada ketika ini, fokus kepada pemantapan pergerakan samada Defensive atau Offensive.
Pertukaran kesebelasan utama yang minimal sahaja diperlukan. Kekalkan Laca tu yang penting, Pepe menggantikan Nelson adalah sangat tepat kerana inilah masanya untuk menguji Pepe sebelum dia menjadi pemain tetap dalam kesebelasan utama.
Kenapa nak tiru formasi 4-3-3 Liverpool, sedangkan 4-4-2 dengan Laca didepan sangat bagus dan mengancam pertahanan lawan.
Kekalahan ini patut diletakkan diatas kepala Emery 90%, menukar posisi Guenduozi dan Willock serta menjadikan Arsenal sangat kelam kabut dibahagian tengah bertahan yang dikawal Xhaka yang serupa tak ada idea.
Emery sepatutnya tak perlu gementar berhadapan Liverpool hingga terpaksa menggunakan formasi yang mengundang padah.
Kita boleh rasa gerun, tapi dalam masa yang sama kita perkuatkan apa yang sudah ada. Dengan pertukaran formasi dan taktikal yang agak defensive menunjukkan Emery mudah dikelirukan pemikiran dan pendiriannya.
Bukan sekali dua kita tengok Emery tukar formasi berhadapan beberapa kelab, banyak kali. Harap lepas ni Emery kena firm dalam menyusun formasi kesebelasan Arsenal.
Bercakap dari segi persembahan pemain, Pepe agak bagus walaupun penyudahnya tak berapa solid.
Ceballos hari ini baru tahu yang EPL ini tak sepatutnya bermain terlalu fancy. Jangan terpengaruh dengan perlawanan seperti menentang Burnley tempohari.
Arsenal kena hadap kelab-kelab yang bermain laju macam Liverpool, Man City, Spurs dan Wolves.
Pertahanan masih lagi below par, Center Back kita banyak buat stupid error terutamanya Luiz. Harap Holding boleh cepat bermain untuk beri kelebihan kepada sistem pertahanan Arsenal.
Arsenal kalah kepada pasukan yang hampir sempurna sebagai pasukan bolasepak malam ini.
Dua lapis attacking dengan dua pertahanan membantu adalah sangat gila, hingga menekan tengah Arsenal sedikit kebawah.
Arsenal dihukum kerana terlampau drop deep atau terlampau defensive. Sesiapa yang menonton perlawanan tadi pasti geram dengan gerakan Leno-Luiz-Sokratis yang bermain-main dikawasan kotak penalti seolah-olah saja menempah maut.
Apa yang bagusnya perlawanan tadi adalah Flanker kedua-dua pasukan bermain dengan agak bagus.
Bezanya Flanker Liverpool dibantu oleh pertahanan sisi yang sering melakukan overlap, manakala Flanker Arsenal tidak disokong teman mereka kerana pertahanan sisi Arsenal terlalu defensive dan drop deep.
Kemenangan berpihak kepada pasukan yang bermain lebih baik dan menyempurnakan peluang keemasan dengan gol. Liverpool 3-1 Arsenal.