Eddie Nketiah bakal berpindah keluar dari Arsenal

Menurut David Ornstein (wartawan BBC yang terkenal di kalangan peminat Arsenal), Eddie Nketiah bakal bermain musim baru nanti sebagai pemain pinjaman ke kelab lain, dengan Leeds United dan Bristol City sedang berlumba-lumba untuk mendapatkan tandatangannya.

Pemain bawah 21 tahun England tersebut hampir dipinjamkan keluar ke kelab Bundesliga, Augsburg pada Januari lalu, tetapi peluang tersebut telah dibatalkan dengan kuasa veto Unai Emery, kerana beliau mahukan Eddie menjadi penyerang ketiga di belakang Pierre-Emerick Aubameyang dan Alexandre Lacazette.

PROFIL RINGKAS EDDIE NKETIAH
  • NAMA PENUH: Edward Keddar Nketiah
  • TARIKH LAHIR: 30 Mei 1999
  • TEMPAT LAHIR: London, England
  • WARGENEGARA: England, Ghana
  • POSISI: Penyerang 
  • DEBUT: 28 September 2017 (menang 4-2 lawan BATE Borisov, Europa League)
  • GOL PERTAMA: 24 October 2017 (menang 2-1 lawan Norwich City, Piala Liga)

Nketiah baru sahaja diserapkan ke dalam skuad utama dan telah diberikan nombor jersi baru pada musim panas ini (tukar nombor 49 ke 30), bermain dengan baik dalam perlawanan menentang Bayern Munich dan Fiorentina dalam sesi jelajah pra-musim ke Amerika Syarikat. Tetapi beliau juga memberi bayangan untuk berpindah keluar untuk bermain lebih banyak perlawanan kesebelasan utama.

Highly-rated 20yo striker Eddie Nketiah set to leave Arsenal on season-long loan. Bristol City among a number of clubs in talks to sign England youth int’l. Currently no firm offers for defender Shkodran Mustafi & he wants to stay - but foreign teams have longer to do a deal

1,901 people are talking about this
Selepas beberapa percubaan meyakinkan penyerang muda ini untuk fokus dengan Arsenal, Emery akhirnya memberikan kebenaran kepadanya untuk berhijrah. Beberapa buah kelab Championship menyatakan minat mereka, termasuklah Swansea City dan Cardiff City.

Kini semuanya terserah kepada pengurus bahagian pinjaman pemain, Ben Knapper dan wakil pemain tersebut berbincang dan membuat keputusan kelab mana yang sesuai untuk Eddie.

Andai Eddie meninggalkan Arsenal, maka kuranglah seorang pemain di bahagian serangan yang boleh digunakan terutama pada perlawanan-perlawanan awal Europa League dan Piala Liga.

Mungkin, Tyreece John-Jules (yang baru menandatangani kontrak baru) dan pemain baru hadir dari Brazil, Gabriel Martinelli akan mendapat peluang untuk bermain dalam skuad utama nanti.

Post a Comment

Previous Post Next Post