Tawaran £55.4 juta Arsenal untuk pertahanan RB Leipzig, ditolak namun usaha membawa pertahanan Celtic semakin hampir.

USAHA Arsenal untuk mendapatkan pertahanan tengah baharu menemui kegagalan.



The Gunners telah berjaya menandatangani beberapa pemain baharu dalam jendela perpindahan musim panas ini termasuklah William Saliba.

Bagaimanapun, pemain tersebut kembali dipinjamkan ke kelab asalnya, Saint-Étienne dan Emery masih menerima pemain baharu seperti Nicolas Pepe, Gabriel Martinelli dan Dani Ceballos, yang menyertai Arsenal secara pinjaman bagi tempoh semusim, untuk digunakan musim depan.

Sepanjang tempoh jendela perpindahan musim panas ini dibuka, The Gunners kuat diperkatakan untuk mencari pertahanan baharu dan antara pemain yang menjadi perhatian adalah pertahanan Barcelona, Samuel Umtiti.
Namun setakat ini, usaha Arsenal itu masih gagal untuk membawa Umtiti ke Emirates.
The Gunners juga turut dikatakan berminat untuk mendapatkan pertahanan Celtic, Kieran Tierney namun usaha tersebut tergendala ekoran kecederaan yang dialami permain itu.

Pun begitu, Arsenal juga dilaporkan semakin hampir untuk mendapatkan tandatangan Tierney dengan rumors ketika ini mengatakan ianya bakal dilengkapkan dalam masa terdekat selepas Celtic dikatakan telah menemui pengganti kepada pemain itu.
Selain itu, dalam perkembangan terkini, tawaran Arsenal berjumlah €60 juta (£55.4 juta) untuk mendapakan Dayot Upamecano, ditolak RB Leipzig.
Menurut laman Blid, kelab Jerman itu tidak mahu melepaskan Upamecano, 20 tahun yang masih mempunyai kontrak bersama mereka sehingga 2021.

Upamecano telah membuat 22 penampilan untuk kelab Bundesliga itu dan merupakan pemain yang membantu Perancis layak ke separuh akhir Kejohanan Euro U21 2019.

Post a Comment

Previous Post Next Post