TIRAI jendela perpindahan bagi Liga Perdana Inggeris telah ditutup malam tadi dan tiada lagi urusan pembelian pemain baharu.
Kini peminat dan penyokong tidak lagi perlu memikirkan tentang pemain manakah yang bakal dibawa masuk untuk memperkuatkan pasukan kerana tarikh perpindahan untuk membeli telah pun ditutup.
Pre-season | Mid-season | Persatuan Bolasepak |
---|---|---|
1 January – 31 March | 14 July – 13 August | Brazil |
5 January – 29 March | 15 July – 14 August | Japan |
8 January – 31 March | 15 July – 11 August | Sweden |
9 January – 1 April | 1–31 August | Norway |
7 February – 1 May | 10 July – 8 August | United States and Canada |
1 March – 30 April | 1–31 August | Finland |
1 June – 18 August | 1 January – 19 January | Albania |
1 June – 18 August | 3 January – 31 January | Italy |
1 July – 2 September | 1 January – 2 February | France, Germany,Spain |
17 May – 9 August | 1 January – 31 January | England |
9 June – 1 September | 1 January – 1 February | Scotland |
11 June – 1 September | 5–31 January | Turkey,Denmark |
11 June – 2 September | 3–31 January | Netherlands |
16 June – 8 September | 25 January – 22 February | Bulgaria and Romania |
17 June – 6 September | 28 January – 28 February | Russia |
24 July – 15 October | 3 January – 31 January | Australia |
1 December – 31 January | 1–30 June | Kenya, Uganda |
Pun begitu, pasukan ataupun kelab masih mampu menjual pemain kepada mana-mana kelab luar (selain Liga Perdana Inggeris dan Championship), mengikut tarikh yang diputuskan oleh FIFA termasuklah kepada kelab Inggeris yang bersaing dalam saingan League One dan League Two.
Ini kerana, tarikh tutup jendela perpindahan bagi saingan ketiga dan keempat tertinggi bolasepak Inggeris hanya ditutup pada 2 September ini.
1 | |
---|---|
Premier League ( 20 kelab ) |
|
2 | |
EFL Championship 24 kelab |
|
3 | |
EFL League One 24 kelab |
|
4 | |
EFL League Two 24 kelab |
Dan Arsenal, setelah jendela perpindahan musim panas kali ini ditutup, berjaya menandatangani enam pemain termasuklah pemain yang dipinjamkan.
Dikalangan enam pemain yang ditandatangani itu, nama pemain Crystal Palace, Wilfried Zaha tidak tersenarai biarpun begitu kuat diperkatakan mengenai pemain tersebut bakal menyertai The Gunners.
Menurut pakar Sky Sports, Kaveh Solhekol, kegagalan Arsenal dan Everton untuk menandatangani pemain sayap itu, yang mana tawaran daripada kedua-dua kelab tersebut telah ditolak The Eagles kerana dua sebab.
Dikalangan enam pemain yang ditandatangani itu, nama pemain Crystal Palace, Wilfried Zaha tidak tersenarai biarpun begitu kuat diperkatakan mengenai pemain tersebut bakal menyertai The Gunners.
Menurut pakar Sky Sports, Kaveh Solhekol, kegagalan Arsenal dan Everton untuk menandatangani pemain sayap itu, yang mana tawaran daripada kedua-dua kelab tersebut telah ditolak The Eagles kerana dua sebab.
Apabila Zaha menandatangani kontrak baru pada musim panas lalu, pemain itu diberi jaminan 'tertentu' daripada Crystal Palace.
Dan apabila pemain itu meluahkan hasrat untuk berpindah, Palace menetapkan nilai perpindahan sebanyak £80 juta, yang mana ianya gagal dipenuhi oleh Arsenal dan Everton dalam membuat tawaran.
Tawaran Arsenal sebanyak £40 juta, ditolak dan cubaan terakhir Everton sebanyak £70 juta beserta (ditambah) dengan dua pemain, juga ditolak Crystal Palace.
BREAKING: Crystal Palace yesterday rejected a £70million, plus two players, bid from Everton for Wilfried Zaha. Palace have indicated they want north of £80m for their star asset.— Sky Sports News (@SkySportsNews) August 7, 2019
Dan Solhekol menjelaskan kegagalan beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara, Arsenal dan Everton menjadi salah satu punca utama mengapa Crystal Palace menolak tawaran dua kelab itu.
"Apa yang dibincangkan adalah perjanjian lelaki (gentleman agreement)," Solhekol memberitahu Sky Sports Transfer Talk (via Express).
"Jika tawaran yang sesuai dilakukan untuk mendapatkan Zaha pada musim panas ini, adalah dari kelab yang beraksi dalam Liga Juara-Juara, maka kelab akan membiarkannya pergi.
"Tetapi tawaran yang datang pada musim panas ini; satu, di mana tidak sesuai, dan kedua, bukan dari kelab di Liga Juara-Juara.
"Kami bercakap tentang Arsenal dan Everton.
"Itu masalah antara pemilik Crystal Palace dan Wilfried Zaha. Dia [Zaha] merasakan dia mempunyai gentleman agreement di mana dia boleh meninggalkan kelab musim panas ini.
"Tetapi mereka tidak merasakan syarat-syarat itu dipenuhi untuk mencetuskan perjanjian itu."
Sementara itu, pengurus Palace, Roy Hodgson memberikan Zaha cuti rehat sehari namun berhasrat untuk mengembalikan semula pemain Ivory Coast itu ke skuad menjelang musim baru.
"Ya, dia tinggal [kekal bersama]," kata Hodgson mengenai Zaha.
"Ya, tentu saja.
"Ya, tentu saja.
"Dia pemain penting untuk kelab dan kami berharap dia melakukan tahun ini, atau musim ini, sebagaimana yang telah dilakukannya selama dua musim terakhir."
🦅 Zaha stays...— Sky Sports News (@SkySportsNews) August 8, 2019
Roy Hodgson has the final say on Wilfried Zaha's summer-long transfer saga pic.twitter.com/B8Td2sNjze