Bekas penyerang tinggi lampai Arsenal, Emmanuel Adebayor telah menyertai kelab Turki, Kayserispor secara percuma setelah meninggalkan Istanbul Basaksehir.

Beliau menandatangani kontrak setahun bersama kelab tersebut, yang menamatkan musim di kedudukan ke-10 dalam liga utama Turki musim lepas.

Ini merupakan kelab kesembilan dalam kariernya yang membawa beliau ke Perancis, England, dan Sepanyol.

Beliau tiba di England pada tahun 2006, dibawa masuk oleh Arsene Wenger untuk menyertai Arsenal dari kelab AS Monaco.

Arsenal menandatangani Adebayor pada 13 Januari 2006 dengan nilai perpindahan sebanyak £3 juta.
Tiga tahun kemudian beliau berpindah ke Manchester City, dan menjadi terkenal setelah meraikan jaringan golnya di hadapan penyokong Arsenal ketika Citizens menang 4-2 ke atas The Gunners pada musim 2009/10 di Etihad.

Selain Manchester City, Adebayor turut membuat penampilan PL bersama Tottenham Hotspur dan Crystal Palace.

Penyerang antarabangsa Togo ini juga pernah bermain untuk kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid secara pinjaman selama enam bulan dari Manchester City.

Post a Comment

Previous Post Next Post