Mohamed Elneny bukan dipaksa meninggalkan Arsenal, tapi inginkan perubahan.

BAPA Elneny tegaskan bahawa anaknya itu tidak dipaksa keluar sebaliknya ingin mencari angin baharu.



Masa depan pemain tengah kelahiran Mesir, Mohamed Elneny bersama The Gunners semakin mendapat perhatian setelah dikatakan tidak lagi mendapat tempat dalam skuad kendalian Unai Emery.

Bapa Mohamed Elneny mengatakan anaknya itu tidak dipaksa keluar dari Arsenal, tetapi dia (Elneny) sendiri mencari peluang untuk berpindah bagi mencari lebih banyak masa permainan.

Bercakap dalam sidang akhbar pada hari Khamis, pengendali Arsenal, Unai Emery mengakui bahawa Elneny dan Mustafi menyedari bahawa khidmat mereka berdua tidak lagi berada dalam rancangannya musim ini dan sedia untuk dilepaskan pada jendela perpindahan kali ini.
Ketua jurulatih The Gunners itu mengatakan bahawa beliau mahu memberi pasangan itu peluang untuk beraksi di tempat lain dan dalam erti kata lainnya adalah mengarahkan kedua-dua pemain itu mencari kelab baharu.

Ini kerana khidmat mereka berdua tidak lagi berada dalam perancangan pengendali yang pernah mengendalikan gergasi Perancis, Paris Saint-Germain dan sudah tentu bakat serta kebolehan pemain tersebut terganggu sekiranya kekal di Emirates.

Menjawab komen itu, bapa Elneny, Nasser, memberitahu media Mesir bahawa ia tidak akan menjadi keputusan yang pasti untuk pemain itu meninggalkan Arsenal dan dia (Elneny) tidak dipaksa, tetapi pemain tengah itu mahu bermain untuk pasukan yang akan memberikan dia lebih banyak minit permainan.

"Mohamed masih dalam kontrak dengan Arsenal untuk tiga tahun akan datang dan dia bermain dalam pasukan besar, jadi keputusan untuk pergi tidak akan mudah dan tiada siapa yang mengenakan tekanan ataupun apa-apa kepadanya," kata Nasser Elneny kepada Al-Ain Sports.

"Pengurus itu mempunyai pandangan yang dihormati dan mempunyai hak untuk membuat pilihannya, tetapi anak saya menjalani latihan secara tetap dan melakukan tugasnya dengan baik. Mohamed sedang mencari peluang untuk berpindah ke pasukan yang lebih sesuai dengan lebih banyak masa permainan. "

Elneny hanya membuat 8 penampilan liga sahaja musim lalu.

Namun, disebalik penafian dan penjelasan yang dibuat oleh bapa Elneny itu, jelas sekali Nasser tidak terlibat dalam urusan perpindahan anaknya itu, apabila mengeluarkan kenyataan yang agak mengelirukan dimana jendela perpindahan bagi kelab-kelab Inggeris telah pun ditutup.

"Saya tidak suka berpindah ke Turki atau Perancis. Jika dia meninggalkan Arsenal, saya berharap dia tidak akan keluar dari Liga Perdana Inggeris, kata Nasser.

Bordeaux dilaporkan berminat untuk menandatangani Mohamed Elneny dimana pengendali kelab itu, Paulo de Souza mengetahui potensi yang ada pada pemain tengah Arsenal ini ketika mengendalikan Basel pada musim 2014/15.

Manakala kelab Turki, Galatasaray dan Besiktas juga dilaporkan berminat untuk menandatangani pemain antarabangsa Mesir ini.

Elneny menyertai Arsenal pada Januari 2016 dengan nilai perpindaan berjumlah £7 juta .
Mampukah Elneny 'memujuk dan memikat' Unai Emery ataupun berjaya mencari kelab yang sesuai dengan kehendaknya dalam masa terdekat ini.

Berikut adalah tarikh penutupan jendela perpindahan bagi liga-liga bolasepak Eropah termasuklah Australia.

Awal musim Persatuan Bolasepak
1 Julai – 2 September Italy
1 Julai – 2 September Perancis, Jerman dan Sepanyol
9 June – 1 September Scotland
11 Jun – 1 September Turki dan Denmark
11 Jun – 2 September Belanda
16 Jun – 8 September Bulgaria dan Romania
17 Jun – 6 September Rusia
24 Julai – 15 Oktober Australia

Dan dibawah ini adalah rekod penampilan Elneny musim lalu dimana beliau hanya membuat 17 penampilan secara keseluruhannya berbanding 32 penampilan pada musim terakhir Arsene Wenger mengendalikan Arsenal (2017/18).

Rekod penampilan Elneny musim lalu.
Saingan 2018/19 Penampilan Jaringan Bantuan Gol Minit Beraksi
Premier League 8 - - 379'
Europa League 7 - 1 460'
FA Cup 1 - - 90'
EFL Cup 1 - - 84'
JUMLAH 17 - 1 1,013'

Post a Comment

Previous Post Next Post