Bekas pemain tengah Chelsea, Emmanuel Petit menyokong keputusan Frank Lampard untuk menjual David Luiz kepada Arsenal, dan berkata the Blues tidak akan menyesal dengan penjualan tersebut.
Luiz melengkapkan perpindahan mengejut ke Emirates pada hari terakhir jendela perpindahan pemain musim panas setelah Arsenal bersetuju dengan yuran perpindahan £8 juta untuk pemain berusia 32 tahun itu.
Lampard sudah menjelaskan bahawa Luiz tidak ada dalam perancangannya namun keputusannya untuk membenarkan Luiz berhijrah ke kelab seteru liga mengejutkan banyak pihak.
Namun Petit, yang pernah bermain untuk Arsenal dan Chelsea, berkata Lampard telah membuat keputusan yang betul.
![]() |
Petit mewakili Arsenal dari 1997 hingga 2000 sebelum menyertai Barcelona pada musim panas tahun 2000 dengan nilai perpindahan £7 juta. |
"Hakikatnya, David Luiz memberitahu saya yang Lampard telah memberitahunya yang beliau tidak akan bermain secara kerap dalam pasukannya.
"Luiz sudah berusia 32 tahun, dan Lampard tahu pemain yang beliau inginkan, dan tiada masalah untuk beliau menunjukkan Luiz jalan keluar, tiada isu di sini.
![]() |
Selepas bersama Barcelona untuk tempoh semusim, Petit akhirnya menyertai Chelsea pada 2001 sehingga 2004 sebelum mengumumkan persaraan beliau pada 2005. |
"Bagi saya, saya tidak gembira melihat pemain berhijrah kelab dikala pertandingan sudah hampir bermula, ianya akan menimbulkan masalah. Tetapi bagi saya, Lampard sudah menyampaikan pesanan yang jelas apabila menunjukkan Luiz jalan keluar, yang beliau bukan lagi menjadi keutamaannya, jadi saya sangsi beliau akan menyesal keputusannya."