Sol Campbell Letak Jawatan Pengurus Macclesfield Town

Pemain pertahanan tengah legenda Arsenal, Sol Campbell, telah meletak jawatan sebagai pengurus kelab Macclesfield Town berkuatkuasa hari ini.

Beliau dan kelab tersebut telah bersetuju untuk menamatkan kontraknya selepas lapan bulan memegang jawatan tersebut.

Bekas pemain antarabangsa England ini telah mengambil alih kerusi panas the Silkmen pada November 2018, yang pada ketika berada di kedudukan tercorot League Two.

Sol Campbell
Campbell telah menyelamatkan mereka dari tersingkir dari English Football League, dengan hanya tewas dua kali dalam 10 perlawanan terakhir musim lepas.

"Macclesfield Town sudah memberikan saya permulaan yang baik dari segi pengurusan perlawanan dan ini merupakan tempoh pembelajaran yang baik dan sangat saya hargai," katanya.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pemain dan kakitangan atas sokongan mereka ketika saya berada di Moss Ross. Tidak lupa juga kepada para peminat yang setia dan sentiasa percaya akan kami hingga ke hujung musim, dan ternyata ianya membuahkan hasil kejayaan kepada kita."

REKOD SOL CAMPBELL DI MACCLESFIELD TOWN

Perlawanan: 29
Menang: 8
Seri: 10
Kalah: 11

Campbell memulakan karier pengurusannya empat tahun lalu selepas menyatakan kekurangan pengurus Berkulit Gelap, Asia, dan Etnik Minoriti (BAME) dalam bolasepak Inggeris sebagai sesuatu yang menyedihkan dalam sukan ini.

Sebelum mendapat jawatan ini, Campbell pernah berkata bahawa beliau pernah menghantar sekurangnya 12 - 15 permohonan kerja sebelum akhirnya mendapat kerja di Macclesfield.

Pihak kelab telah menyatakan pemergian Campbell telah dipersetujui dengan cara yang paling baik, dan ini mengesahkan Campbell menjadi pengurus pertama yang meninggalkan jawatan tersebut di mana-mana kelab dalam empat divisyen teratas England musim ini.

Pemain-pemain kelab mendedahkan mereka sedang mempertimbang untuk memboikot perlawanan terakhir mereka musim lepas sebagai tanda bantahan terhadap gaji yang tidak dibayar, selepas mereka lewat menerima gaji selama tiga bulan berturut-turut.

Pada hari Rabu lepas, enam bekas pemain Macclesfield Town mempertahankan keputusan mereka untuk mengetuai petisyen suara menentang kelab, berikutan kritikan dalam kenyataan kelab.

Enam pemain ini telah menyatakan akan membubarkan petisyen tersebut selepas menerima wang mereka dan berkata inilah jalan terakhir yang boleh dilakukan. HM Revenue dan Customs kemudian telah mengambil alih petisyen tersebut, yang telah ditangguhkan sehingga 11 September.

Kini hanya tinggal lima orang pengurus BAME dalam empat divisyen teratas England iaitu Nuno Espirito Santo (Wolverhampton Wanderers), Sabri Lamouchi (Nottingham Forest), Darren Moore (Doncaster Rovers), Keith Curle (Northampton Town), dan Dino Maamria (Stevenage).

Curle, yang akan mengetuai skuadnya menentang Macclesfield Town pada Sabtu nanti di laman sendiri, memberitahu kepada BBC Radio Northampton: "Saya sedikit terkejut kerana saya fikir beliau melakukan tugas dengan baik pada tempoh pertama pengurusannya.

"Beliau melakukan kerja dengan sangat baik, dapat mengekalkan mereka di dalam liga walau pelbagai rintangan yang dihadapinya pada hari pertama beliau tiba di sana."

Post a Comment

Previous Post Next Post