Freddie Ljungberg bakal gantikan Unai Emery selaku Ketua Jurulatih Arsenal.

FREDDIE LJUNGBERG menghabiskan sebahagian besar masanya selaku pemain bolasepak dengan beraksi bersama Arsenal.



Dan beliau turut berada dalam senarai Top 50 pemain lagenda terbaik Arsenal (berada ditangga ke-11).


Kelab terakhir yang diwakilinya selaku pemain bolasepak adalah Mumbai City FC di mana beliau hanya membuat empat penampilan sahaja ekoran kecederaan yang dialaminya.

Sebelum menyertai kelab India itu, beliau pada 24 Ogos 2012 telah mengumumkan persaraan beliau selaku pemain bolasepak.

Namun membuat keputusan mengejutkan untuk kembali beraksi dan membantu kelab Mumbai FC itu pada 25 Julai 2014.

Beliau membuat keputusan untuk bersara sekali lagi pada tahun tersebut (2014) dan dua tahun kemudian menyertai Arsenal selaku jurulatih skuad Bawah 15 Tahun Arsenal.

Sejarah Bersama Arsenal.

Ljungberg bersama Arsenal bermula dari tahun 1998 apabila The Gunners menandatangani beliau dari kelab Sweden, Halmstads BK dengan nilai perpindahan sebanyak £3 juta dan beliau telah membuat sebanyak 328 penampilan dalam kesemua kejohanan untuk Arsenal.

Bersama Arsenal, beliau telah memenangi dua kejuaraan liga (Juara Liga Perdana Inggeris pada musim : 2001–02 dan 2003–04), tiga kali Juara Piala FA (2001–02, 2002–03 dan 2004–05) dan sekali Piala Perisai Komuniti (1999).

Malah beliau juga dinobatkan selaku Pemain Terbaik Liga Perdana pada tahun ataupun musim 2001-02 selain anugerah pemain bulanan terbaik untuk bulan April tahun 2002.

Beliau turut tersenarai dalam senarai pemain 'import' terbaik untuk Premier League Overseas Team of the Decade dari musim 1992/93 sehingga 2001/02.

Teams of the Decade
Position Domestic Overseas Overall
Goalkeeper David Seaman Peter Schmeichel Schmeichel
Defenders Gary Neville Dan Petrescu Neville
Tony Adams (Arsenal) Jaap Stam Adams
Steve Bruce Marcel Desailly Desailly
Stuart Pearce Denis Irwin Irwin
Midfielders David Beckham Freddie Ljungberg (Arsenal) Beckham
Paul Ince Patrick Vieira (Arsenal) Vieira
Paul Scholes Roy Keane Scholes
Ryan Giggs Robert Pires (Arsenal) Giggs
Strikers Alan Shearer Thierry Henry (Arsenal) Shearer
Michael Owen Eric Cantona Cantona

Rekod penampilan dan kelab yang diwakili Ljungberg.
Tahun/Musim Kelab Penampilan Jaringan Bantuan Gol
1982–1994 Halmstad - Akademi - - -
1994–1998 Halmstad 79 10 1
1998–2007 Arsenal FC 328 71 35
2007–2008 West Ham United 28 2 4
2009–2010 Seattle Sounders FC 40 2 6
2010 Chicago Fire 15 2 6
2011 Celtic FC 8 - -
2011–2012 Shimizu S-Pulse 11 - 1
2014 Mumbai City FC 4 - -

Sesuatu yang menarik mengenai Ljungberg adalah dimana beliau mampu beraksi dalam pelbagai posisi walaupun dikenali dengan pemain sayap.

Posisi yang dimainkan Ljungberg sepanjang karier beliau selaku pemain bolasepak.
Kepulangan ke Emirates
Selepas bersara untuk kali kedua selaku pemain bolasepak, beliau meneruskan kariernya selaku pengurus ataupun jurulatih dan kembali bergabung bersama Arsenal untuk menjadi sebahagian daripada barisan kejurulatihan kelab.

Penyertaan kali kedua Ljungberg bersama Arsenal dan kali pertama selaku jurulatih menyaksikan beliau menggalas tugas selaku jurulatih skuad Bawah 15 tahun Arsenal pada Julai 2016.

Sebelum itu, pada Mei 2013, Arsenal telah melantik beliau selaku duta kelab dengan peranan untuk meningkatkan kesedaran antarabangsa terhadap kelab.

Namun, beliau tidak kekal lama bersama Arsenal apabila pada Februari 2017, beliau menyertai kelab Jerman,  VfL Wolfsburg sebagai pembantu pengurus pasukan (pembantu kepada Andries Jonker).

Jodoh beliau bersama Arsenal bagaikan tidak dapat dipisahkan apabila pada Jun 2018, beliau kembali ke Emirates untuk kali ketiga dan kedua sebagai jurulatih dengan diberikan jawatan ataupun peranan sabagai jurulatih skuad Bawah 23 Tahun Arsenal.

Selepas setahun mengemudikan skuad Bawah 23 Tahun Arsenal, beliau pada 5 Jun 2019 telah dinaikkan pangkat menjadi penolong kepada Unai Emery yang mengemudikan skuad utama The Gunners.

Ljungberg kini menjadi pembantu kepada Unai Emery.


Pengganti kepada Unai Emery
Mengikut pendedahan yang dibuat pengguna Reddit (ArsenalThePhoenix), beliau mengatakan bahawa Anders Limpar telah mendedahkan dimana Freddie Ljungberg berhasrat untuk menjadi pengendali Arsenal suatu hari nanti.

Anders Limpar pernah mewakili Arsenal pada tahun 1990 sehingga 1994.
Pendedahan tersebut melalui rancangan web-tv untuk akhbar Sweden, Aftonbladet di mana Limpar telah mengakui bertemu Ljungberg selama 40 minit menjelang perlawanan diantara Arsenal menentang Milan bagi saingan Liga Europa dua tahun lalu.

Menurut Limpar, Ljungberg memberitahunya bahawa tujuan dan matlamat  utama bekas pengendali skuad B23 Arsenal itu adalah untuk menjadi pengendali ataupun Ketua Jurulatih The Gunners suatu hari nanti.

Dan beliau sangat serious untuk hal tersebut sehinggakan sanggup mengambil kelas kejurulatihan sebagai persediaan. Malah beliau turut mengambil kelas psikologi untuk membantu dirinya memahami pemikiran pelbagai jenis pemain.

Tidak lama selepas perlawanan Arsenal menentang Milan, Ljungberg mengambil alih tugas selaku Ketua Jurulatih skuad Bawah 23 Tahun Arsenal (B23) dan membawa mereka berada di kedudukan  kedua liga serta berjaya mengembangkan bakat pemain seperti Joe Willock, Bukayo Saka dan Tyreece John-Jules.

Kecemerlangan yang ditunjukakn Ljungberg dalam mengemudikan pasukan B23 Arsenal membuatkan pihak pengurusan The Gunners menaikkan pangkat beliau untuk menjadi pembantu kepada Unai Emery dengan tujuan untuk membantu peralihan pemain muda berbakat ke pasukan utama.

Kontrak Unai Emery

Kontrak Unai Emery bersama Arsenal dilaporkan hanya terikat selama dua tahun, dengan pilihan untuk menjadikan tiga tahun (pilihan penyambungan setahun selepas kontrak sedia ada berakhir).

Dan jika ianya benar (kontrak Emery hanya dua tahun), sudah tentu musim ini menjadi musim yang kritikal untuk pengendali kelahiran Sepanyol ini.

Seandainya gagal membawa Arsenal berada dikalangan Top 4 liga dan juga gagal beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan, sudah tentu The Gunners telah mempunyai calon pengganti tanpa perlu mengambil masa lama untuk membuat keputusan.

Apa-apa pun, kami mendoakan yang terbaik kepada kedua-dua mereka (Emery dan Ljungberg). Semoga berjaya mengembalikan kegemilangan Arsenal. 

Post a Comment

Previous Post Next Post