PEMAIN tengah Arsenal, Mohamed Elneny dilaporkan akan memeterai perjanjian menyertai Besiktas secara pinjaman.
Menurut laporan Sky Sports, Elneny akan berada di Instanbul (hari ini, Jumaat) untuk menandatangani kontrak pinjaman selama setahun bersama Besiktas.
Sebelum ini, pengendali Arsenal, Unai Emery mengatakan bahawa beliau sedia melepaskan pemain itu dan menyarankan agar beliau (Elneny) mencari kelab baru musim ini.
Malahan Shkodran Mustafi turut dikatakan menerima nasib yang sama setelah kedua-dua mereka tidak lagi berada dalam perancangan Emery untuk saingan kali ini.
Malahan Shkodran Mustafi turut dikatakan menerima nasib yang sama setelah kedua-dua mereka tidak lagi berada dalam perancangan Emery untuk saingan kali ini.
Unai Emery has told Shkodran Mustafi and Mohamed Elneny to find “another challenge” before the end of the European transfer window, with both players resigned to bit‑part roles if they remain at Arsenal beyond 2 September. [Telegraph] pic.twitter.com/JnZ777xyPb— AFTV (@AFTVMedia) August 23, 2019
Jika sebelum ini, laporan mengatakan bahawa Elneny menjadi sasaran kelab Perancis, Bordeaux yang telah pun menandatangani bekas kapten Arsenal, Laurent Koscielny.
Bordeaux are considering a loan move for Arsenal midfielder Mohamed Elneny, having already done business with the club this summer through Laurent Koscielny. [Foot Mercato] #afc pic.twitter.com/WWxuE7vnaa— AFC News (@goonerrunner7) August 25, 2019
Namun perkembangan terbaru menyaksikan bahawa pemain antarabangsa Mesir ini sedia untuk mewakili kelab Turki, Besiktas dalam saingan Turkish Super Lig.
Mohamed Elneny is on the verge of leaving Arsenal, he's heading to Turkey. Could be a busy few days.https://t.co/163AM22o24— Charles Watts (@charles_watts) August 29, 2019
Sementara itu, Besiktas mahukan Elneny bersama mereka selepas pemain antarabangsa Chile, Gary Medel meninggalkan kelab itu untuk menyertai pasukan Serie A, Bologna semalam dan berharap mampu menyelesaikan perpindahan mendapatkan pemain tengah Arsenal ini sebelum jendela perpindahan ditutup pada 2 September ini.
Elneny hanya membuat lapan penampilan Liga Perdana untuk Arsenal musim lalu, dengan tujuh lagi perlawanan yang dimainkan dalam kempen Liga Europa yang berakhir dengan kekalahan kepada Chelsea di final.
Elneny hanya membuat lapan penampilan Liga Perdana untuk Arsenal musim lalu, dengan tujuh lagi perlawanan yang dimainkan dalam kempen Liga Europa yang berakhir dengan kekalahan kepada Chelsea di final.
Elneny menyertai Arsenal dari kelab FC Basel pada Januari 2016 dengan nilai perpindahan yang dianggarkan berjumlah £7 juta.