Laporan Perlawanan: Northampton Town 1-1 Arsenal U21

Laporan Perlawanan 1 Kejuaraan Trofi Leasing.com (Southern - Group H)

Northampton Town 1-1 Arsenal U21 (tewas penentuan sepakan penalti 3-4)
27 Ogos 2019
Stadium PTS Academy
Penjaring gol:
78' James Olayinka
82' Sam Hoskins

Skuad bawah 21 tahun Arsenal memulakan kempen baru kejuaraan trofi leasing.com dengan seri 1-1 menentang Northampton Town.


Jordan McEneff (kiri) cuba mengelak asakan Matty Warburton
Senarai kesebelasan utama: Matt Macey (GK), Zak Swanson'84, Harrison Clarke (C), Tolaji Bola'30, James Olayinka, Jordan McEneff '73, Emile Smith Rowe, Nathan Tormey, Folarin Bolagun, Trae Coyle

Simpanan: James Hilson (GK), Tobi Omole▲'30 🔴'62, Mazeed Ogungbo▲'84, Robbie Burton▲'73, Miguel Azeez, Tyreece John-Jules

Emile Smith Rowe telah dinamakan sebagai pemain kesebelasan utama dalam tiga perlawanan berturut-turut, sementara Matt Macey membuat penampilan pertama sejak pulang dari tempoh pinjaman di Plymouth Argyle.

Northampton juga dikenali sebagai the Cobblers telah menamakan skuad yang berpengalaman, namun pemain remaja kita dapat menahan asakan mereka pada separuh masa pertama.

Mereka berjaya mengekalkan bentuk pertahanan dan beberapa kali dapat menempatkan diri di posisi yang berbahaya.

Folarin Balogun dan Nathan Tormey sangat berbahaya dengan larian pantas mereka semasa melakukan serang balas, namun gagal memanfaatkan peluang-peluang terbuka.

Selepas tamat rehat separuh masa, Trae Coyle telah membuat percubaan yang baik yang memaksa penjaga gol lawan, Andrew Fisher membuat diving save yang baik, manakala cubaan Tormey dari dalam kotak penalti hanya singgah di jaring luar gol lawan.

Steve Bould terpaksa melihat pasukannya bermain dengan 10 orang pemain selepas Tobi Omole dilayangkan kad merah selepas melakukan bentesan lewat ke atas Sam Hoskins.

Walaupun hanya kurang seorang pemain, kita masih boleh mencari gol pembukaan perlawanan.

Smith Rowe berjaya berlari melepasi bahagian kiri pihak lawan dan menghantar bola ke depan gawang gol, dan bolanya itu telah disambut dengan mudah oleh James Olayinka.

Kegembiraan tidak kekal lama, apabila Hoskins berjaya menjaringkan gol penyamaan empat minit kemudian, apabila beliau melakukan voli ke bucu atas pintu gol untuk mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.

Macey berjaya menyelamatkan sepakan penalti kelima Northampton, namun kita masih tewas kerana Coyle dan Smith Rowe gagal menyempurnakan sepakan penalti mereka.


Untuk mengetahui mengenai kejuaraan ini, boleh tekan dan baca pautan ini Trofi EFL

Post a Comment

Previous Post Next Post