Galatasaray mahukan pemain tengah Arsenal, Mohamed Elneny.

JENDELA perpindahan bagi Liga Turki - Super Lig bakal ditutup pada 2 September ini manakala Liga Perdana Inggeris masih mampu menjual ataupun meminjamkan pemain sehingga tarikh tersebut walaupun urusan pembelian pemain telah pun berakhir.



Mohamed Elneny, pemain tengah Mesir memiliki empat gelaran Juara Liga Switzerland ketika mewakili Basel untuk tempoh empat musim.

Beliau bersama kelab Swiss itu menjuarai, Liga Super Swiss untuk musim 2012/13, 2013/14, 2014/15 dan 2015–16.

Pada 13 Januari 2016, pemain berusia 27 tahun ini berpindah menyertai Arsenal dengan nilai perpindahan dianggarkan berlaku sekitar (antara)  £5 juta ke £7.4 juta.

Mengharungi tiga musim pertama bersama Arsenal dengan rekod penampilan yang menarik dan sentiasa digunakan, bagaimanapun ianya berubah apabila memasuki musim keempat dimana khidmat beliau bukan lagi menjadi pilihan pengendali baharu The Gunners, Unai Emery.

Musim lalu (musim keempat bersama Arsenal), Elneny hanya membuat lapan penampilan Liga Perdana dan tujuh dalam saingan Liga Europa serta masing-masing satu penampilan dalam saingan domestik lain untuk merekodkan jumlah penampilan keseluruhan sebanyak 17 kali sahaja.

REKOD PENAMPILAN BERSAMA ARSENAL
Musim Penampilan Jaringan Bantuan Gol Minit Beraksi
2015–16 16 1 1 1,221'
2016–17 24 - 2 1,043'
2017–18 32 1 4 2,311'
2018–19 17 - 1 1,013'
JUMLAH 89 2 8 5,588'



Dengan rekod penampilan yang kurang digunakan serta boleh dikatakan tidak lagi menjadi pilihan Emery, The Gunners dilaporkan mengizinkan Elneny untuk meninggalkan kelab pada musim panas ini.

Pemain tengah itu tidak termasuk dalam skuad Arsenal ketika berkunjung ke tempat lawan, menentang Newcastle United pada hujung minggu lalu.

Dan mengikut laporan Turkish Football, kelab Turki, Galatasaray mahu mendapatkan Mohamed Elneny namun ianya bukanlah pembelian, sebaliknya adalah perpindahan secara pinjaman.

Menurut laporan tersebut, sumber terdekat kepada kelab itu mendedahkan bahawa Galatasaray berminat mendapatkan Elneny dan meletakkan pemain itu dalam senarai pendek pemain yang dikehendaki mereka.

Sebelum ini, Galatasaray telah melepaskan (menjual) Fernandao ke Sevilla di awal jendela perpindahan musim panas dan  kini, terdesak untuk mencari pemain tengah baharu sebagai pengganti.

Pegawai Galatasaray, Sukru Hanedar dilaporkan telah mengadakan perbincangan dengan wakil Arsenal di London pada minggu lepas mengenai urusan mendapatkan Elneny.

Juara Super Lig itu mahu mendapatkan pemain antarabangsa Mesir secara pinjaman dan kontrak Elneny bersama Arsenal masih berbaki sehingga Jun 2022.

Post a Comment

Previous Post Next Post