'Kieran Tierney Akan Berjaya Di Arsenal' - John McGinn

Kieran Tierney mempunyai segalanya untuk menjadi pemain bintang Arsenal dan sanggup menggalas tugasan getir untuk kelab.
Inilah yang dikatakan oleh rakan senegara Scotland juga pemain tengah Aston Villa, John McGinn, ketika temubual eksklusif bersama talkSPORT minggu ini.
Tierney melengkapkan perpindahan dari Celtic ke Arsenal pada hari terakhir jendela perpindahan pemain musim panas dengan yuran perpindahan dilaporkan sekitar £25 juta.



Tinggi harapan yang diletakkan di atas bahu pemain berusia 22 tahun ini, dan menurut McGinn, rakannya itu akan berjaya di Arsenal selepas kembali dari kecederaan.
"Beliau mempunyai segalanya," kata McGinn dalam rancangan Jim White.
"Beliau bersedia menggalas tugasan yang mencabar selepas kembali cergas.
"Bukan sahaja itu, beliau boleh berlari naik dan turun semasa bermain dan membuat bantuan gol, beliau seorang pemain yang boleh membuat hantaran lintang dengan baik.
"Tierney adalah seorang pemain yang sentiasa rendah diri yang akan sentiasa mempertingkatkan kemampuan dan kebolehan diri."
Kieran Tierney sedang menjalani pemulihan dari dua pembedahan hernia yang dijalankan beberapa bulan sebelum ini, dan hanya membuat 21 penampilan liga untuk the Hoops musim lepas.
McGinn hampir menyertai Tierney di Celtic pada musim lepas, tetapi perpindahannya dari Hibs gagal selepas kedua-dua kelab gagal mempersetujui yuran perpindahan.
Pemain antarabangsa Scotland ini akhirnya menyertai Villa untuk £2.75 juta dan memenangi Pemain Terbaik Tahunan kelab, membantu kelab naik ke Premier League musim lepas.

Post a Comment

Previous Post Next Post