Gilberto Silva Antara Yang Terbaik - David Luiz

Pemain baru Arsenal, David Luiz mahu mengikuti jejak langkah beberapa pemain Brazil yang pernah bermain untuk kelab ini.

Antara nama yang terkenal menyarung jersi hebat merah putih Arsenal adalah Gilberto Silva dan Edu (Pengarah Teknikal Arsenal sekarang)  - tetapi pengetahuan David mengenai pemain Brazil di Arsenal tidak terhenti di sini.
Gilberto Silva

"Edu seorang pemain yang hebat dan berbakat - ramai yang teruja melihatnya bermain," kata David Luiz.

"Beliau seorang yang bagus, mempunyai personaliti yang baik dan bersedia dengan tugasan ini kerana beliau seorang bijak dan tahu bagaimana untuk bercampur dengan orang, tahu bagaiman untuk memenangi sesuatu juga.

"Beliau seorang pemenang dan akan mencuba untuk meningkatkan kelab ini.

"Saya rasa seluruh dunia tertarik dengan pemain-pemain yang bagus terutama pemain Brazil, dan Gilberto adalah salah seorang pemain terbaik Brazil, mungkin yang terbaik yang pernah bermain di sini.

"Saya mempunyai peluang untuk bermain dengan Denilson ketika berusia 10 tahun, kami bermain bersama. Gabriel [Paulista] dan Andres Santos juga kawan-kawan saya, jadi semua orang mahu melakukan sesuatu yang besar untuk kelab hebat ini.

SENARAI PEMAIN BRAZIL DI ARSENAL


  1. Sylvio Mendes Campos Junior (1999 - 2001)
  2. Eduardo Cesar Daude Gaspar (2002 - 2005)
  3. Juan Maldonado Jaimez Junior (2001 - 2003)
  4. Gilberto Aparecido da Silva (2002 - 2008)
  5. Julio Cesar Pereira Baptista (2007 - 2008)
  6. Denilson Pereira Neves (2006 - 2013)
  7. Pedro Roberto Silva Botelho (2007 - 2012)
  8. Wellington Alves da Silva (2011 - 2016)
  9. Andres Clarindo dos Santos (2011 - 2013)
  10. Gabriel Armando de Abreu (2015 - 2017)
  11. Gabriel Teodoro Martinelli Silva (2019 - )
  12. David Luiz Moreira Marinho (2019 - )
Gilberto Silva bersama Edu

Dari kiri: Lucas Torreira, Gabriel Martinelli, Shad Forsythe, David Luiz, Nicolas Pepe

David Luiz juga menyampaikan harapan tinggi untuk Gabriel Martinelli, selepas pemain remaja ini memberikan persembahan yang memberangsangkan pada perlawanan-perlawanan pra-musim selepas menyertai kelab dari Ituano.

"Beliau seorang pemain muda yang berbakat dan semua orang bercakap perkara yang bagus mengenainya. Semua orang teruja kerana mereka tahu beliau mempunyai potensi untuk menjadi pemain yang hebat pada masa depan," katanya.

"Ianya bagus untuk bekerja dengannya, cuba untuk membantu dirinya dan memberikan sedikit pengalaman saya dalam bolasepak. Saya harap kami berdua dapat melakukan sesuatu yang hebat di sini."

David Luiz hanya memanaskan bangku simpanan ketika perlawanan pertama Premier League (PL) menentang Newcastle United pada Ahad lepas, tetapi Gabriel Martinelli dapat membuat debut Arsenalnya ketika dimasukkan pada minit ke-84 perlawanan menggantikan Henrikh Mkhitaryan.

Sumber: Arsenal.com

Post a Comment

Previous Post Next Post