🎥 : Hanya 43 minit untuk Eddie Nketiah jaringkan gol dalam debut Leeds United.

PEMAIN muda yang dipinjamkan Arsenal, Eddie Nketiah telah mencipta nama bersama Leeds United dengan jaringan pertamanya pada minit ke-43 perlawanan untuk debutnya bersama kelab itu.


Pemain berusia 20 tahun itu, tiba di Elland Road dengan pinjaman sepanjang musim (satu musim penuh), mempamerkan aksi cemerlang dalam permulaannya bersama skuad kendalian Marcelo Bielsa pada aksi Piala Carabao ketika Leeds menewaskan Salford City, 3-0.

Nketiah tidak membuang masa untuk membuat kesan bersama kelab barunya, memecah kebuntuan hanya dua minit sebelum wisel separuh masa dibunyikan.

Gol jaringan beliau itu menjadi inspirasi kepada Leeds untuk terus menambah jaringan apabila tujuh minit kemudian, Gaetano Berardi menambah jaringan kedua untuk pasukan pelawat selesa mendahului tuan rumah, 2-0.

Lapan minit selepas itu, Leeds terus menghukum pasukan Salford dengan jaringan ketiga oleh Mateusz Klich (minit ke-58).

Tamat permainan, Leeds berjaya menewaskan tuan rumah, Salford dengan keputusan 3-0.

Post a Comment

Previous Post Next Post