Jack Wilshere Bayar Pakar Fisio Guna Duit Poket Sendiri

Bekas pemain tengah Arsenal, Jack Wilshere menggunakan duit poketnya sendiri untuk menerbangkan pakar fisio, Declan Lynch dari Republik Ireland.

Tujuannya adalah untuk menjalani sesi rawatan peribadi dua kali seminggu bagi membina semula kariernya.

Pemain berusia 27 tahun ini selalu ditimpa kecederaan sejak beberapa tahun ini.

Pada musim pertamanya bersama West Ham United, sejak berpindah secara percuma dari Arsenal, Wilshere hanya membuat lapan penampilan liga.

Wilshere mempunyai hubungan yang baik dengan Lynch sejak bertemu di Arsenal, yang dilantik oleh ketua fisio Colin Lewin pada 2012.

Beliau merasakan sesi yang dijalankan bersama Lynch di luar pusat latihan, mula memberikan kesan yang positif.


Jack Wilshere gembira sesi fisio bersama Declan Lynch

Jack Wilshere menghargai usaha Declan Lynch
Pengurus West Ham United, Manuel Pellegrini tiada bantahan terhadap isu ini asalkan Wilshere boleh memastikan dirinya sentiasa cergas. 

Lynch telah meninggalkan Arsenal untuk bekerja bersama kelab ragbi bersatu Bath.Beliau juga telah membina sebuah klinik di Limerick, Republik Ireland dan masih terus berhubung dengan Wilshere.

Dalam perlawanan pertama Premier League (PL) menentang Manchester City pada hujung minggu lepas, Wilshere hanya bermain selama 56 minit sebelum dikeluarkan oleh Pellegrini.

Beliau memberitahu media bahawa beliau mengalami dead leg yang selalunya akan mengetepikan atlit sukan selama dua, tiga hari.


Post a Comment

Previous Post Next Post