Mesut Ozil setia bersama Arsenal, tolak peluang ke DC United.

MESUT OZIL tidak mahu berpindah ke Amerika walaupun wakilnya bertemu dengan DC United.

Minggu lepas, sebagaimana dilaporkan oleh Steven Goff, yang mana beliau sememangnya boleh dipercayai (laporan yang dikeluarkan) mengatakan bahawa wakil Mesut Ozil telah bersedia untuk bertemu dengan DC United untuk membincangkan mengenai perpindahan pemain Jerman itu ke Liga Amerika - Major League Soccer (MLS). 
DC United dipercayai mahu mencari pengganti kepada Wayne Rooney yang dikatakan bakal kembali ke England untuk beraksi bersama Derby County pada Januari depan.

Dan mereka melihat pemain Arsenal, Mesut Ozil sebagai pilihan sesuai untuk menggantikan bekas kapten England itu.

Dengan situasi meruncing ketika ini melibatkan keselamatan Mesut Ozil dan Sead Kolasinac apabila mereka berdua menjadi sasaran samseng London dan keselamatan diri serta keluarga menjadi isu utama, pilihan untuk berpindah dengan tawaran daripada kelab Amerika itu mungkin sesuatu yang patut dipertimbangkan Ozil.


Namun, jelas sekali Ozil tidak tergugat dengan situasi semasa yang melanda dirinya ketika ini apabila menolak peluang untuk berpindah sekaligus menyelesaikan masalah keselamatan yang melanda dirinya.

Mungkin juga beliau memikirkan nasib Kolasinac yang mana pemain itu merupakan rakan karib beliau.

Malahan, laporan Goal juga mendedahkan perkara yang sama dimana Ozil tidak mahu meninggalkan Arsenal dan sedia beraksi bersama The Gunners selama yang mungkin.

Pun begitu, masih terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa Arsenal sedia melepaskan Ozil bagi menjimatkan perbelanjaan bulanan,penjimatan pembayaran gaji pemain itu sebanyak £350,000 seminggu.

Ozil, 30 tahun masih mempunyai baki dua tahun kontrak bersama Arsenal dan sebelum ini, Raul Sanllehi telah menjelaskan dimana rundingan pembaharuan kontrak akan dijalankan apabila seseorang pemain itu memasuki tahun kedua penghujung kontrak atau jika tidak, pemain tersebut akan dijual.

Post a Comment

Previous Post Next Post