Harry Kane hantar mesej kepada rakan sepasukan Spurs menjelang pertembungan North London Derby.

HARRY KANE gesa rakan sepasukan Tottenhamnya untuk melupakan kekalahan ditangan Newcastle United dan bangkit dengan kemenangan ke atas Arsenal pada perlawanan hari Ahad nanti.



Kekalahan mengejut pasukan naib juara Liga Juara-Juara, Tottenham Hotspur kepada Newcastle minggu lalu sukar untuk dipercayai, lebih-lebih lagi apabila mereka beraksi dilaman sendiri, Tottenham Hotspur Stadium.

Spurs merupakan pasukan pilihan pada perlawanan itu dengan kemenangan mudah dijangkakan dapat dicapai mereka.

Namun, apa yang terjadi adalah sebaliknya dimana mereka tewas kepada pasukan bimbingan Steve Bruce dengan keputusan 1-0 hasil jaringan tunggal Joelinton pada minit ke-27 perlawanan.

Kekalahan tersebut menyaksikan mereka (Spurs) kini mencatatkan lapan kekalahan dari 15 perlawanan terakhir Liga Perdana mereka.

Akibatnya, tekanan terhadap Spurs untuk menjadikan perlawanan derby utara London di Emirates sebagai satu kebangkitan.

Dan Kane memberi amaran kepada rakan-rakannya bahawa mereka bakal ketinggalan untuk mencabar Liverpool dan Manchester City dalam perebutan juara liga sekiranya kalah ketika menentang Arsenal.

"Anda tidak mahu pergi ke rehat antarabangsa dengan kekalahan ataupun seri, dan tentu saja derby utara London adalah sesuatu yang besar,"  jelas Kane.

"Jika kita menang, ia menjadikan empat perlawanan pertama lebih cerah. Tetapi ia tidak akan menjadi perlawanan yang mudah, jadi kami perlu memastikan kami bersedia untuk perlawanan itu.

"Seperti yang anda lihat pada Liverpool dan City, setakat ini tidak ada yang dapat menghalangnya.

"Saya katakan sebelum permulaan musim ini bahawa pasukan dapat bermain secara bersama, dapatkan momentum, mungkin menang selama dua atau tiga bulan tanpa keciciran mana-mana mata, itulah yang diperlukan [untuk mencabar gelaran] .

"Ini adalah permulaan yang mengecewakan tetapi perjalanan masih jauh untuk diharungi." 

Spurs lebih mendominasi perlawanan ketika menentang Newcastle dengan menguasai lebih daripada 80% perlawanan, tetapi mereka hanya mampu melakukan dua percubaan tepat berbanding tiga yang dilakukan pihak lawan.

Pada perlawanan itu, Kane dilihat tidak 'bermaya' dengan hanya mampu melakukan satu percubaan sahaja daripada 17 percubaan yang dilakukan Spurs secara keseluruhan pada perlawanan itu.

Lebih-lebih lagi Kane telah dinafikan sepakan penalti setelah dicabar kuat oleh Jamaal Lascelles yang mencetuskan rasa tidak kepuasan hatinya.

"Sukar untuk memahami bagaimana ia tidak diberikan," kata Kane mengulas mengenai tindakan pengadil yang tidak menghadiahkan sepakan penalti setelah beliau dikasari Lascelles.

"Sama seperti ketika seorang penjaga gol keluar, menggunakan tangannya dan menjatuhkan anda, itu penalti.

"Kadang-kala anda akan mendapat manfaat dengan VAR, kadang-kala ianya tidak. Saya rasa ia tidak berjalan mengikut kehendak kami ketika menentang Newcastle. " tambah beliau lagi.

Spurs bakal bertandang ke Emirate menentang Arsenal pada 1 September ini, jam 11.30 malam, waktu Malaysia.

Post a Comment

Previous Post Next Post