🎥 Hatrik terbaik dalam sejarah Liga Perdana Inggeris sepanjang zaman.

IANYA berusia 22 tahun sejak hatrik terbaik dalam Liga Perdana dihasilkan.



Pada hari ini, 22 tahun yang lalu Dennis Bergkamp mencipta hatrik terbaik dalam Liga Perdana Inggeris.

Ianya adalah tiga terbaik daripada pemain Belanda dengan tiga gol yang begitu sempurna, menggabungkan tahap genius yang begitu unik.

Gol pertama, dengan sepakan lencong dari jarak jauh yang menerjah sudut atas penjuru gawang gol lawan.

Gol kedua adalah 'chip' yang menarik selepas menewaskan pertahanan lawan sebelum melakukan penyudah yang menewaskan penjaga gol dalam situasi satu lawan satu.

Dan yang ketiga, yang mana ianya digambarkan Bergkamp sendiri sebagai gol terbaik sepanjang karier bolasepaknya.

Kita tidak akan melihatnya lagi... jaringan hatrik yang menarik seperti dilakukan oleh lagenda Arsenal ini.

Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan seri - Leicester 3-3 Arsenal dengan hatrik Bergkamp memberikan Arsenal satu mata.

Post a Comment

Previous Post Next Post