Sam Greenwood Jadi Rebutan Juventus Dan AC Milan

Nampaknya seorang lagi pemain Arsenal berpotensi berpindah ke Itali, selepas Aaron Ramsey berpindah ke Juventus pada musim panas lalu.

Pemain remaja Inggeris, Sam Greenwood telah menarik perhatian dua kelab gergasi Itali iaitu AC Milan dan Juventus selepas pencari bakat kedua-dua kelab tersebut tertarik dengan persembahan baiknya dalam kejohanan Eropah bawah 17 tahun pada awal musim panas lalu.

Sam menjaringkan tiga gol dalam tiga perlawanan dalam kejohanan yang berlangsung di Republik Ireland pada bulan Mei lepas.

Dan difahamkan, beliau turut menjadi perhatian beberapa buah kelab Jerman.


BIODATA RINGKAS SAM GREENWOOD

Nama: Sam Greenwood
Tarikh dan tempat lahir: 26 Januari 2002 di Sunderland, England
Warganegara: England
Posisi: Sayap kanan
Kelab terkini: Arsenal
Kelab sebelum ini: Sunderland

Pemain berusia 17 tahun ini telah bermain dengan baik dalam beberapa perlawanan sejak berpindah ke utara London dari Sunderland, menjaringkan 10 gol dan membuat 5 bantuan gol dalam 21 penampilan dalam liga bawah 18 tahun Premier League musim lepas.

Ini juga bukan pertama kali pemain berbakat yang dimiliki oleh Arsenal disambar oleh Juventus!

Musim lepas, penyerang muda kelab, Stephy Mavididi telah menyertai the Old Ladies. Beliau juga telah membuat debut untuk mereka musim lepas, dan ini menunjukkan Juventus memberikan peluang kepada pemain muda untuk bersinar di kelab.

Stephy Mavididi membuat debut Juventus ketika menentang SPAL dalam perlawanan Serie A musim lepas
Adakah Sam akan mengikuti jejak langkah Ramsey, Mavididi, dan Wojciech Szczesny ke Turin?

Post a Comment

Previous Post Next Post