Kolo Toure berikan nasihat, Pepe teruja dengan Ozil, teringat Lacazette dan Aubameyang.

NICOLAS PEPE sah menjadi pemain Arsenal dan keputusan beliau membuat pilihan menyertai The Gunners banyak dipengaruhi beberapa faktor.



Sebelum ini, Get French Football News mendedahkan dimana pemain tersebut menolak peluang menyertai Liverpool setelah rundingan diantara mereka gagal memenuhi tuntutan Pepe yang mahukan peluang beraksi lebih kerap dalam pasukan utama. 


Malah, pemain kebangsaan Ivory Coast itu turut mendedahkan kepada media pada tahun 2017 di mana beliau hanya akan menyertai Chelsea sekiranya beraksi di Liga Perdana Inggeris.

Pepe mendedahkan kelab Inggeris pada tahun 2017 yang beliau akan sertai sekiranya beraksi di England kepada TV Perancis.
Namun, beliau akhirnya pada tahun ini membuat keputusan bertentangan dengan apa yang diucapkan pada tahun 2017, dan sudah tentu ianya juga menghancurkan perasaan peminat dan penyokong seteru kuat Arsenal di London, Chelsea.


Disebalik keputusan Pepe membuat pilihan untuk menyertai The Gunners, beliau mendedahkan melalui laman rasmi Arsenal dimana beliau telah menerima nasihat daripada bekas pemain Arsenal yang juga merupakan bekas pemain kebangsaan Ivory Coast, Kolo Toure.



Malah keputusan beliau itu juga banyak dibantu dengan Arsenal pernah memiliki beberapa pemain yang berasal daripada negara kelahiran beliau seperti Emmanuel Eboue dan Gervinho.

Dan Pepe turut mengakui bahawa beliau kini mengikuti jejak langkah yang sama sebagaimana dibuat oleh Gervinho yang beraksi bersama Lille sebelum menyertai Arsenal.

"Kolo Toure was with us on the [Ivory Coast national] squad as an assistant coach [at the Africa Cup of Nations], he spoke to me a lot about the very high level, how he got to Arsenal and how you always have to work hard and really graft on a daily basis to try and get right to the very top." " Pepe explained (via Arsenal.com)

Selain pengaruh pemain-pemain Ivory Coast yang pernah bersama Arsenal, Pepe juga menjelaskan dimana perkara pertama yang terlintas difikiran beliau ketika menyertai (akan) Arsenal, adalah pemain-pemain Perancis yang bersama The Gunners.


Pendedahan tersebut dijelaskan oleh The Scottish Sun semalam dimana selain pemain Perancis, Pepe juga menyebut mengenai Mesut Ozil yang mana beliau teruja untuk bermain bersama bekas pemenang Piala Dunia itu selain Lacazette dan Aubameyang.

"When I knew I was coming to Arsenal, I immediately thought of the French guys who play here.

"I thought of Özil, the world champions, Lacazette, Aubameyang and many more. Of course, these are the players who sprang to mind because I used to watch them when I was at Lille.

"Also, Lacazette used to play for Lyon and so I have had the opportunity to play against him. It will be an honour to play alongside him.

“I have come a long way and struggled a lot — so signing for this great club is a big reward.

“It was important to make the right decision — and I am convinced Arsenal is the right choice.”

Arsenal merupakan pasukan yang tepat dan Pepe membuat keputusan yang bijak!

Post a Comment

Previous Post Next Post