Lagenda kelab tidak yakin dan menyifatkan Arsenal masih 'jauh' jika dibandingkan dengan Liverpool.

ARSENAL akan menentang Liverpool Ahad ini (25 Ogos), jam 12.30 pagi waktu Malaysia.



Beraksi dilaman lawan dengan Arsenal ketika memiliki beberapa pemain baharu setelah mewah berbelanja pada jendela perpindahan baru-baru ini, sudah pasti ianya amat mengujakan untuk melihat perlawanan itu

Walaupun dikatakan hanya mempunyai dana terhad sebanyak £40 juta sebelum ini, namun Emery telah berjaya menguatkan bahagian serangan, tengah dan pertahanan musim ini dengan kos melebihi £100 juta untuk kesemua pemain baharu itu.

Dengan dua kemenangan dalam dua perlawanan pertama liga setakat ini, Emery masih tidak menggunakan kekuatan sepenuhnya barisan yang dimilikinya dan berdepan Liverpool minggu ini pasti sesuatu yang dinanti-nantikan oleh peminat dan juga pemerhati bolasepak.

Salah seorang pemerhati dan pengulas sukan, Adrian Durham teruja untuk melihat aksi yang bakal dipamerkan Arsenal lebih-lebih lagi beliau mempunyai keyakinan bahawa Arsenal merupakan pasukan pencabar kejuaraan liga kali ini, selain Liverpool dan Manchester City.
Namun pendapat beliau itu mendapat reaksi berbeza daripada lagenda Arsenal, Ray Parlour yang menyifatkan bahawa The Gunners ketika ini masih jauh untuk dibandingkan dengan Liverpool untuk menjadi pasukan yang mampu menjuarai liga.

Parlour hanya beranggapan bahawa Arsenal masih banyak yang perlu dibaiki walaupun membawa masuk beberapa pemain baharu untuk memperkukuhkan skuad kali ini.

Dan beliau gembira sekiranya Arsenal mampu menamatkan saingan dikalangan empat pasukan teratas liga, sasaran yang dilihat beliau lebih realistik.

Manakala, Durham meluahkan kenyakinan beliau itu terhadap Arsenal dalam rancangan Tuesday’s Drive Show dengan berkata: "Satu-satunya pihak selain Man. City dan Liverpool yang boleh menjadi juara Liga Perdana, bagi saya, adalah Arsenal.

"Mereka mempunyai Aubameyang dan Lacazette dan mereka telah menambah Pepe, mereka menambah penyumbang gol dalam pasukan mereka dan mereka juga telah memperkuat pertahanan dan jentera tengah mereka.

"Sementara itu, Manchester City lemah dengan ketiadaan Vincent Kompany dan Liverpool tidak menambah (kekuatan) ketara kepada skuad mereka. Adakah kita mengharapkan tiga serangkai mereka untuk bertahan sepanjang musim, perlu diingatkan bagaimana perlawanan mereka sepanjang musim panas? "

Bagaimanapun pendapat tersebut jelas tidak dipersetujui oleh Parlour apabila beliau menjelaskan situasi Arsenal dalam rancangan Alan Brazil Sports Breakfast dimana beliau berkata:

"Saya mendengar beberapa rancangan semalam mengatakan kita [Arsenal] boleh mencabar kejuaraan liga, tetapi mereka satu juta batu jauh dari Man City dan Liverpool pada masa ini, saya mengatakan jujur.

"Berapa ramai pemain yang Arsenal perlu bawa masuk untuk menjadi seperti Liverpool?

"Perkara paling penting adalah untuk kembali ke Liga Juara-Juara. Mungkin mereka boleh mendorong sedikit lebih tinggi, tetapi jika mereka mendapat tempat keempat musim ini saya gembira.

"Ramai peminat memulangkan kembali pas bermusim mereka pada musim panas ini. Tidak ada pembelian baru dan jika anda mahu berada dalam kelompok empat teratas, anda perlu membawa pemain masuk untuk memberikan mereka peluang bersaing.

"Pada satu peringkat ia kelihatan seperti Arsenal tidak akan mendapat sesiapa pun, agak membimbangkan.

"Akhirnya ia adalah perpindahan yang baik bagi Arsenal dan banyak peminat teruja untuk menyaksikan musim baru.

"Tetapi mereka berada di belakang Manchester City dan Liverpool pada masa ini.

"Mereka telah bermula dengan baik dengan kemenangan yang baik di Newcastle dan mereka menyelesaikan tugas (menang) pada hujung minggu menentang Burnley, tetapi sebenarnya mereka adalah dua perlawanan yang dijangka menang, jadi saya tidak terbawa-bawa dengan itu."

Menentang Liverpool dilaman lawan pada lewat malam Sabtu ini (Ahad, jam 12.30 malam, waktu Malaysia), sudah pasti ianya merupakan kayu pengukur bagaimana Arsenal bakal mengharungi musim ini secara keseluruhannya.

Adakah kemenangan bakal dicipta Arsenal?

Post a Comment

Previous Post Next Post