Sertai Arsenal lebih logik berbanding Liverpool dan Manchester United.

NICOLAS PEPE dedahkan perpindahan sertai Arsenal adalah 'pilihan logik' walaupun minat yang ditunjukkan dari Liverpool sebagaimana dilaporkan sebelum ini.

Jika sebelum ini Get French Football mendedahkan punca mengapa Pepe memilih Arsenal berbanding Liverpool, namun kali ini pemain itu menjelaskan sendiri mengapa pasukan Utara London menjadi pilihannya.

Nicolas Pepe mendedahkan dimana beliau menyertai Arsenal pada musim panas ini kerana The Gunners memenuhi cita-citanya.

Laporan  sebelum ini mendakwa Liverpool dan United telah membuat tawaran untuk mendapatkan Pepe, tetapi pemain sayap itu memutuskan Arsenal sebagai kelab untuknya musim ini.

Pemain termahal dalam rekod perpindahan Arsenal dibawa masuk pada musim panas tahun ini dengan nilai perpindahan berjumlah £72 juta dan pemain itu juga menarik minat dari Liverpool dan Manchester United.

Kelab Itali, Napoli juga berebut untuk menandatangani pemain sayap berusia 24 tahun itu dan Pepe akhirnya mendedahkan mengapa beliau memilih Arsenal, sebagaimana dilaporkan oleh laman rasmi kelab.

"Saya memilih untuk datang ke sini kerana ia adalah kelab yang mempunyai banyak cita-cita," kata Pepe laman web rasmi Arsenal.

"Mereka mempunyai impian untuk kembali ke Liga Juara-Juara dan saya juga seorang yang bercita-cita tinggi, jadi pilihan dibuat sangat logik.

"Saya tertarik dengan Liga Perdana kerana ia merupakan kejohanan hebat dan liga terbaik di dunia.

"Ideanya adalah untuk memenangi Liga Europa dan itu matlamat kami. Ini adalah saingan Eropah dan matlamat kami adalah untuk melakukan lebih baik daripada musim lalu. Saya percaya kami akan berjaya melakukannya. "

Pepe setakat ini masih menunggu untuk bermula dalam kesebelasan permulaan utama The Gunners setalah dua perlawanan sebelum ini beliau dibawa masuk sebagai pemain simpanan.

Menentang Liverpool pada hujung minggu ini pasti menjanjikan sesuatu yang menarik dengan kedua-dua pasukan masih tidak mengalami kekalahan dan Pepe menjelaskan bagaimana Unai Emery adalah kunci untuk membantu dirinya menyesuaikan diri bersama kelab Utara London ini.

"Ia benar-benar baik kerana dia bercakap Perancis dan lebih mudah untuk kita berkomunikasi," katanya.

"Saya masih baru, strategi dan taktik baru dan ia benar-benar membantu saya kerana mendapat bantuan jurulatih.

"Sekarang saya perlu belajar Bahasa Inggeris dan ini adalah sesuatu yang dia membantu saya juga."

Post a Comment

Previous Post Next Post