Thierry Henry Senyap-Senyap Tengok Game Arsenal di Emirates

Pemain legenda Arsenal, Thierry Henry mengakui telah menonton perlawanan Arsenal di Stadium Emirates secara senyap-senyap, untuk menambah ilmu dalam bidang pengurusan perlawanan tanpa dikerumuni oleh peminat-peminat Arsenal.



Pemenang Piala Dunia 1998 masih belum mempunyai pekerjaan sejak meninggalkan jawatan sebagai pengurus AS Monaco pada musim lepas, dan masih meneruskan usaha untuk mempelajari permainan ini.

Dan Henry telah memilih untuk kembali ke tempat kegemarannya iaitu di Arsenal dan menyelinap di antara beribu peminat yang meminatinya.

Ketika ditemubual dengan the Telegraph, beliau telah menonton banyak perlawanan bolasepak dalam usaha untuk terus meningkatkan pengurusannya dan mahu kembali menggalas tugas itu.

"Saya berjaya pergi menonton perlawanan tanpa ada sesiapa pun mengetahui kehadiran saya, dan ini sangat hebat," kata Henry.

"Kadang-kadang saya akan pergi Arsenal tanpa mereka sedar saya sudah berada di sana. Graeme Jones juga mengajak saya ke Luton, dan rakan kenalan saya semasa saya membuat lencana pengurusan, Michael Flynn telah mengajak saya ke Newport County,' tambahnya lagi.

Michael Flynn
Bekas penyerang hebat kelab ini juga sedang memperluas bidang sukannya, dan melihat ke tempat-tempat lain untuk memerhati prinsip-prinsip asas pengurusan.


Thierry Henry (kiri) bersama dengan Graeme Jones (kanan)
"Saya mahu melihat luar dari persekitaran normal saya juga, dan bercakap dengan orang di bidang sukan yang berlainan dan membuka minda saya untuk persediaan berlainan," kata Henry.

Andai beliau kembali ke kerusi panas pengurusan, Henry berharap dapat meningkatkan taraf kerjanya selepas permulaan yang tidak berjaya dulu.

Monaco telah melantik bekas bintang mereka untuk menggantikan tempat Leonardo Jardim pada Oktober 2018, tetapi Henry gagal memperbaiki prestasi kelab tersebut selepas empat bulan, dan telah ditunjukkan jalan keluar.

Beliau merekod hanya empat kemenangan, lima seri, dan 11 kalah dari 20 perlawanan, memendapkan Monaco di tangga ke-19 Ligue 1.

Dan Jardim akhirnya dipanggil kembali untuk menggantikan Henry, dan berjaya mengeluarkan kelab dari zon penyingkiran, menamatkan musim di tangga ke-17.

Post a Comment

Previous Post Next Post