ARSENAL bermasalah pada bahagian pertahanan termasuklah pada posisi penjaga gol.



Leno juga masalah utama pada barisan pertahanan The Gunners menurut bekas pemain kebangsaan Ireland, Tony Cascarino.

Cascarino telah mengenal pasti penjaga gol Arsenal, Bernd Leno sebagai posisi yang lemah untuk The Gunners dalam menuju musim baru Liga Perdana.

Cascarino (kiri) kini menjadi penyampai radio bersama TalkSport
Menurut bekas pemain Aston Villa dan juga Chelsea, Cascarino menjelaskan perkara tersebut dalam rancangan radio TalkSport dimana:

"Satu kedudukan agak membimbangkan dengan Arsenal, dan ia merisaukan saya apaila menyaksikan mereka musim lalu, adalah penjaga," katanya kepada talkSPORT.

"Saya fikir Leno adalah pemain hebat untuk mereka tahun ini, dia perlu menjadi lebih baik.

"Musim lalu, dia menumbuk bola yang agak mudah untuk ditangkap dan saya berfikir, 'Wow, anda harus lebih baik daripada itu, anda harus lebih memerintah - more commanding'."

Tony Cascarino merupakan bekas penyerang kebangsaan Rep. Ireland dan pernah mewakili beberapa kelab Inggeris sebelum bersara pada tahun 2000 dengan pasukan Red Star merupakan pasukan terakhir diwakili beliau.

Post a Comment

Previous Post Next Post