Lima perpindahan percuma - 'Bosman rulling' terbaik sepanjang zaman.

PERPINDAHAN percuma juga dikenali sebagai perpindahan Bosman, melibatkan kelab bolasepak profesional yang melepaskan pemain apabila kontrak pemain berakhir ataupun tamat tempoh serta dibuat (perpindahan - persetujuan dicapai) sebelum kontrak berakhir.



Pada 1995, Jean-Marc Bosman mencabar undang-undang mengenai cara kontrak beliau ditamatkan (menentang Union Royale Belge des Sociétés de Football Association ASBL) dan akhirnya beliau memperolehi kemenangan.

Dan semenjak itu, peraturan perpindahan percuma dikenali sempena nama beliau - Bosman rulling.

Jean-Marc Bosman
Bagi pemain-pemain yang gagal menyerlah diperingkat kelab bersama pasukan utama, ianya tidak mengejutkan untuk melihat pemain-pemain tersebut dilepaskan secara percuma. 

Lebih-lebih lagi pemain yang kurang ternama dan tidak kenali serta ianya juga lebih banyak terjadi kepada kelab-kelab kecil.

Pun begitu, perpindahan percuma juga banyak terjadi dikalangan pemain-pemain ternama di kelab-kelab ternama dan besar.

Walaupun dilepaskan secara percuma, ianya tidak bermakna pemain-pemain ini tidak bagus.

Mungkin kegagalan dalam mencapai kesefahaman bersama dalam rundingan pembaharuan kontrak menyebabkan pemain-pemain ini memilih untuk menghabiskan kontrak dan menyertai pasukan lain secara percuma.

Berikut kami bawakan lima perpindahan percuma terbaik sepanjang zaman dalam kancah bolasepak eropah dan anda boleh baca TOP 10 pemain percuma ditandatangani Arsenal disini(klik).

5 - BRAD FRIEDEL

Friedel tiba di Liverpool dari Columbus Crew dengan bayaran perpindahan sebanyak £1.3 juta tetapi sebahagian besar karier bolasepak beliau bersama kelab Inggeris itu hanya sebagai pemain pilihan kedua selepas David James.

Beliau hanya berjaya membuat 31 penampilan untuk The Reds sebelum dilepaskan secara percuma.

Blackburn terus menyambar penjaga gol kelahiran Amerika ini dan semenjak itu Friedel tidak menoleh ke belakang lagi untuk mengukuhkan dirinya sebagai salah seorang penjaga gol terbaik yang pernah memberi kesan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Friedel telah membuat 450 penampilan dalam saingan Liga Perdana Inggeris dengan 310 penampilan adalah secara berturut-turut dan ianya juga merupakan salah satu rekod EPL.

Malah beliau turut mencatatkan lebih daripada 130 perlawanan tanpa bolos (clean sheets).



4 - PAUL POGBA

Anda mungkin sudah menyedari kisah Paul Pogba dimana Manchester United telah mengeluarkan belanja sebanyak £90 juta untuk menandatangani pemain tengah Perancis dari Juventus pada musim panas 2016.

Sebelum itu, beliau dilepaskan Manchester United kepada Juventus secara percuma dibawah kendalian Sir Alex Ferguson.

Juventus menerima manfaat daripada itu dengan Pogba membintangi mereka serta memenangi lapan trofi semasa pemain itu berada di Turin. 

Pogba menjaringkan 34 gol dan menghasilkan 42 bantuan gol dalam 178 perlawanan  dan kemudian mereka (Juventus) menjualnya yang mana  pada masa itu perpindahan tersebut menjadi perpindahan termahal dalam rekod dunia.

Sudahlah berjaya memperolehi secara percuma dan menggunakan khidmat beliau sebaik mungkin, malahan mendapat keuntunggan tinggi hasil penjualan pemain itu.

3 - ROBERT LEWANDOWSKI

Empat tahun bersama Borussia Dortmund, Lewandowski terlibat secara langsung dalam 145 gol, menjaringkan 103  gol dalam hanya 187 penampilan.

Pada masa itu Dortmund berjaya memenangi sekali Piala Jerman dan muncul juara Bundesliga sebanyak dua kali dengan Lewandowski merupakan salah seorang pemain utama - key player. 

Beliau memenangi anugerah Pemain Tahunan sebanyak tiga kali dan bayangkanlah betapa sakitnya hati penyokong kelab itu apabila melihat beliau menyertai Bayern Munich pada tahun 2014 tanpa menerima satu sen pun daripada perpindahan itu.

Sejak menyertai Bayern, Lewandowski dianggap sebagai salah seorang penyerang terbaik dalam dunia bolasepak dan telah menjaringkan 194 gol yang luar biasa serta menghasilkan 47 bantuan gol.

Dan beliau memiliki lebih daripada tujuh trofi utama dalam kariernya bersama musuh setempat Dortmund itu.



2 - ANDREA PIRLO

Andrea Pirlo memulakan karier profesionalnya bersama Brescia sebelum berpindah ke Inter Milan dengan nilai sebanyak  £2 juta tetapi tiga tahun kemudian beliau bergabung dengan AC  Milan, yang merupakan musuh setempat dengan harga £15 juta

Di Milan, Pirlo diiktiraf sebagai salah seorang pemain tengah terhebat dalam era beliau ketika itu dan merupakan sebahagian daripada skuad yang memenangi dua kejuaraan Liga Juara-Juara, dua gelaran Serie A dan Coppa Italia.

10 tahun, dengan Pirlo memasuki usia tiga puluhan dan Milan membiarkannya pergi menyertai Juventus secara percuma.

Walaupun dengan usia mencecah 30an, Pirlo masih berbisa dan memainkan peranan penting dalam kejayaan Juventus dalam tempoh empat tahun bersama kelab itu.

Kehebatan beliau itu menyaksikan Juventus menjadi pasukan yang sentiasa menjadi pilihan untuk menamatkan saingan di tangga teratas dan menjuarai untuk setiap saingan domestik mahupun dalam peringkat eropah serta kebangsaan (bersama pasukan Itali).

Bersama Juventus, beliau menambah koleksi trofi kejuaraan apabila memenangi satu lagi Piala Itali dan empat lagi gelaran liga. 

1 - SOL CAMPBELL

Pembelot! Itulah yang dikatakan peminat dan penyokong Spurs terhadap main ini manakala bagi peminat dan penyokong The Gunners pula, Campbell diangkat sebagai salah seorang legenda kelab.

Dan mungkin juga beliau merupakan lagenda dalam perpindahan percuma sepanjang zaman.

Arsene Wenger menyedari kehebatan beliau apabila menyaksikan penyerang Arsenal gagal melepasi benteng pertahanan yang dikawal ketat, Sol Campbell.

Dan apabila kontrak beliau bakal berakhir (musim panas 2001), Campbell membuat pengakuan bahawa beliau perlu berpindah bagi membolehkan beliau beraksi dalam saingan eropah.

Sebelum itu juga, beliau telah mengatakan bahawa beliau tidak akan menyertai Arsenal yang merupakan musuh setempat terbesar Tottenham.

Apabila Sol Campbell menyertai The Gunners, beliau menerima pelbagai ancaman dan ugutan ekoran perpindahan beliau ke musuh Spurs itu.

Namun ianya (perpindahan itu) dilihat sangat berbaloi buat kedua-dua mereka (Arsenal dan Campbell).

Pertahanan tengah England itu membuat lebih 200 penampilan untuk Arsenal dalam tempoh lima tahun (kontraknya) dan memenangi dua kali kejuaraan liga dan dua kali Piala FA.

Malah nama beliau turut tercatat dalam sejarah kelab sebagai sebahagian daripada skuad Invincibles yang tidak terkalah dalam memenangi mahkota kejuraan Liga Perdana Inggeris 2004. 

Begitulah senarai lima pemain terhebat yang diperolehi secara percuma, yang memberikan hasil terbaik kepada pasukan.



Rujukan: Premier League, Wikipedia dan lain-lain.

Post a Comment

Previous Post Next Post