Ronaldo dedahkan beliau berjumpa Arsene Wenger dan hampir sertai Arsenal sebelum Manchester United berjaya 'sailang'.

CRISTIANO RONALDO dedahkan pertemuan beliau dengan Arsenal dan Barcelona sebelum sertai Manchester United.



Ronaldo mengakui telah bertemu dengan pengurus Arsenal ketika itu Arsene Wenger sebelum melengkapkan perpindahan ke Manchester United pada musim panas 2003.

Pemain Portugal yang sedang meningkat naik ketika itu mendapat perhatian tinggi daripada beberapa kelab termasuklah kelab-kelab utama Eropah yang menyedari potensi yang ada pada diri pemain itu ketika bersama Sporting.

Barcelona dan Real Madrid menyatakan minat mereka terhadap pemain itu sama seperti gergasi Serie A, Inter yang turut sama berminat untuk mendapatkan khidmat Ronaldo, tatkala pemain itu sedang mengadakan pertemuan dengan The Gunners di utara London.

Pada akhirnya, United yang berjaya mendaratkan pemain muda berbakat besar itu dengan Sir Alex Ferguson memastikan bahawa Setan Merah yang memperolehi tandatangan pemain yang menjadi rebutan ramai ketika itu.


Dan semenjak itu, pemain Portugal itu terus mencipta nama di England dan juga dipentas dunia sebelum berpindah ke Real Madrid pada tahun 2009, mengembangkan karier bolasepaknya.

Bercakap kepada TVI, Ronaldo mendedahkan bagaimana perpindahan beliau itu (menyertai United) banyak membentuk dan membantu karier bolasepaknya pada masa kini.

"Terdapat hubungan dengan banyak pasukan lain, contohnya Valencia adalah salah satu daripada mereka.

"Saya bertemu dengan Arsene Wenger dan akan pergi ke Arsenal.

"Saya bercakap dengan Barcelona, ​​Real Madrid dan Inter tetapi selepas perlawanan persahabatan menentang Manchester United, yang sudah berminat, mereka menjadi lebih berminat dan mereka membuat rundingan dan menandatangani saya."

Arsene Wenger, yang melepaskan jawatan beliau selaku pengendali Arsenal pada 2018, selepas 22 tahun bersama The Gunners, pernah menjelaskan kepada laman web rasmi kelab:

"Pemain yang jelas diingati adalah Ronaldo.

"Dia berada di sini bersama ibunya dan kami sangat rapat, Man United datang dan mereka mempunyai Carlos Queiroz pada masa itu, yang merupakan jurulatih mereka, United bermain menentang Sporting Lisbon dan Ronaldo cemerlang dan mereka menandatangani kontrak.

"Anda boleh bayangkan pada masa itu (gandingan) seperti Thierry Henry dan Ronaldo bersama-sama. Ini tentunya telah mengubah sedikit sejarah saya di sini juga."

Wenger turut menambah bagaimana The Gunners 'menarik diri' dari perbincangan dan rundingan mendapatkan Ronaldo:

"Ada masanya anda boleh lakukan dengan cara yang berbeza, tetapi masalah dalam rundingan adalah untuk mengetahui bilakah anda mampu meneruskan dan ketika anda tidak mampu.

"Ketika kita berada pada 4.5 juta pound, kita masih dalam rundingan ... jadi kita sangat rapat, tetapi Man United datang dengan tawaran £ 12 juta, yang kita tidak mampu pada masa itu."

Post a Comment

Previous Post Next Post