Top 5 pertemuan Liverpool vs Arsenal dalam sejarah terkini.


LIVERPOOL mencatatkan 87 kemenangan menentang Arsenal dalam rekod pertemuan sepanjang zaman, bermula tahun 1893.

Daripada 226 pertemuan diantara kedua-dua pasukan, Arsenal memenangi 78 perlawanan dan seri sebanyak 61 perlawanan, selebihnya menjadi milik Liverpool (kemenangan).

Dari segi jaringan, Liverpool pernah mengalami kekalahan besar 8-1 ditangan Arsenal pada 1 September 1934 dalam saingan liga yang dikenali League Division One ketika itu yang dilangsungkan di Highbury. (sumber: 11vs11)

Dan Liverpool mencatatkan kemenangan terbesar ke atas Arsenal adalah pada pada 29 Disember 2018, dimana mereka mencatatkan keputusan (menang) 5-1 yang direkodkan di Anfield.

Kemenangan besar Reds itu merupakan kali pertama mereka menjaringkan empat atau lebih gol dalam perlawanan liga di laman sendiri secara berturut-turut menentang The Gunners sejak 26 Ogos 1922.

Manakala dari segi aggregate terbesar melibatkan pertembungan kedua-dua perlawanan adalah pada perlawanan suku akhir Piala Liga 2007 ketika Arsenal memenangi perlawanan dengan aggregate 6-3 di Anfield

Bagi peminat Arsenal, kenangan muncul Juara Liga Perdana 1989 pasti tidak akan dilupakan kerana kemenangan 2-0 di Anfield turut memberikan The Gunners mahkota kejuaraan liga dan semenjak itu, pertembungan kedua-dua pasukan pasti menghiburkan. 

Musim ini Jurgen Klopp akan menerima kunjungan skuad Unai Emery di Anfield pada perlawanan ketiga liga dan ianya akan dilangsungkan jam 12.30 malam, malam ini waktu Malaysia.

Sudah pasti jangkaan tinggi terhadap perlawanan ini memandangkan rekod pertembungan mereka sebelum ini dengan purata empat gol setiap perlawanan dalam lima perlawanan terakhir head-to-head kedua-dua pasukan.

Liverpool vs Arsenal - head to head
14 Aug 2016 Arsenal v Liverpool W 3-4 Premier League
04 Mar 2017 Liverpool v Arsenal W 3-1 Premier League
27 Aug 2017 Liverpool v Arsenal W 4-0 Premier League
22 Dec 2017 Arsenal v Liverpool D 3-3 Premier League
03 Nov 2018 Arsenal v Liverpool D 1-1 Premier League
29 Dec 2018 Liverpool v Arsenal W 5-1 Premier League

Berikut adalah lima perlawanan terbaik di antara kedua-dua pasukan (Liverpool vs Arsenal) dalam musim terkini Liga Bolasepak Inggeris.


No. 5 : Liverpool 3-3 Arsenal (2015-16)

Perlawanan pertama Jurgen Klopp melawan Arsenal sebagai pengurus Liverpool pada pertengahan Januari menyaksikan Roberto Firmino akhirnya muncul sebagai pemain Reds yang paling mencuri tumpuan.

Pemain Brazil itu menjaringkan gol cemerlang dalam perlawanan itu sekalgus membuktikan mengapa bekas pengurus mereka, Brendan Rodgers menghabiskan hampir £30 juta untuk membawanya ke Merseyside, walaupun Klopp yang akhirnya menuai hasil. 

Namun kecemerlangan Firmino dinafikan dengan beberapa kesilapan penjaga gol, Simon Mignolet.

Dengan keputusan terikat 2-2 pada separuh masa, keputusan permainan diputuskan pada babak kedua.

Dan ia kelihatan seperti The Gunners akan mencatat kemenangan hasil permainan cemerlang Olivier Giroud. yang menjaringkan satu lagi gol pada babak kedua untuk meletakkan Arsenal didepan pada minit ke-55 perlawanan.

Namun Liverpool diselamatkan pada minit-minit terakhir perlawanan hasil jaringan Joe Allen pada minit ke-90.


No.4 : Liverpool 4-0 Arsenal (2017-18)

Liverpool memulakan musim 2017-18 dengan agak cemerlang apabila memenangi dua daripada tiga perlawanan pertama mereka. 

Perlawanan ketiga adalah beraksi dilaman sendiri menentang Arsenal dan Reds berjaya menumpaskan The Gunners.

Boleh dikatakan perlawanan ini adalah kali pertama kita menyaksikan kehandalan tiga serangkai barisan serangan Liverpool. 

Roberto Firmino membuka jaringan hasil daripada tandukan sebelum Sadio Mane menjaringkan gol hebat, memotong dari sayap kiri.

Liverpool selesa mendahuli 2-0 pada babak pertama perlawanan sebelum Salah menjaringkan gol solo yang menarik pada babak kedua pada minit ke-57 untuk menjadikannya 3-0 dibabak kedua perlawanan.

Daniel Sturridge akhirnya melengkapkan kemenangan besar Liverpool dengan jaringan pada minit ke- 77 untuk mengakhiri perrlawanan dengan keputusan 4-0. 

Perlawanan ini juga merupakan perlawanan terakhir Arsene Wenger di Anfield dan boleh dikatakan disini juga menjadi punca kemarahan penyokong Arsenal yang semakin membara pada musim itu dengan prestasi longlai yang ditunjukkan The Gunners dibawah kendalian pengurus dari Perancis itu.

No. 3 : Liverpool 5-1 Arsenal (2013-14)

Perlawanan ini menjadikan peminat Liverpool mula percaya bahawa mereka boleh mencabar gelaran kejuaraan Liga Perdana musim itu.

Namun akhirnya, Reds sekadar menamatkan saingan di tangga kedua liga, dibelakang Manchester City yang mengumpul 86 mata manakala mereka hanya dipisahkan dua mata (menamatkan saingan liga ditangga kedua dengan 84 mata).

Pada perlawanan menentang Arsenal, Liverpool masih berada dibawah The Gunners pada kedudukan liga namun prestasi cemerlang Reds membuatkan peminat mereka yakin bahawa 'This year is our year' bakal direalisasikan.

Martin Skrtel menjaringkan dua gol dalam tempoh sepuluh minit pembukaan perlawanan dan ianya memberi kejutan kepada para pemain dan penyokong Arsenal.

Penderitaan Arsenal diteruskan lagi apabila  Raheem Sterling dan Daniel Sturridge turut menambah jaringan dalam tempoh 20 minit pertama perlawanan untuk menamatkan separuh masa dengan keputusan 4-0.

Memasuki babak kedua perlawanan, Raheem Sterling terus menghukum barisan pertahanan Arsenal dengan gol kelima Liverpool pada minit ke-52, sebelum Mikel Arteta menjaringkan gol saguhati melalui sepakan penalti pada minit ke-69. 

Perlawanan ini adalah salah satu perlawanan terbaik Liverpool dalam musim yang penuh dengan jaringan dengan jumlah gol yang dijaringkan mereka adalah sebanyak 101 gol.


No.2 : Liverpool 4-2 Arsenal (2007-08)

Tahun 2008, kelab Inggeris secara konsisten beraksi dan mendominasi saingan Eropah dengan Manchester United dan Chelsea telah mengesahkan tempat ke separuh akhir Liga Juara-Juara, manakala Liverpool dan Arsenal berjuang untuk tempat yang sama.

Perlawanan pertama di Emirates berakhir dengan keputusan seri 1-1 dan perlawanan kedua di Anfield, Reds mula menunjukkan kehebatan mereka apabila berjaya memenagi perlawanan dengan keputusan 4-2.

Gol daripada Abou Diaby dan Sami Hyypia menjadikan keputusan separuh masa pertama terikat 1-1.

Namun memasuki babak kedua perlawanan, ianya berubah dengan hebat.

Fernando Torres menjaringkan gol bertaraf dunia untuk memberi Liverpool kelebihan mendahului 2-1 pada minit ke-69 sebelum Emmanuel Adebayor menjadikannya 2-2 dengan masa perlawanan hanya berbaki kira-kira lima minit lagi untuk ditamatkan

Namun Steven Gerrard dengan sempurna menjaringkan gol penalti untuk membuat Liverpool kembali mendahului pada minit ke-86 menjadikan keputusa 3-2, sebelum Ryan Babel menjaringkan gol penutup Liverpool untuk mengakhiri perlawanan dengan keputusan 4-2.


No.1 : Liverpool 4-4 Arsenal (2008-09)

Tidak dapat dinafikan ini adalah perembungan terbaik dan menarik kedua-dua pasukan bagi peminat dan penyokong.

Mungkin ada yang tidak bersetuju, namun lapan di telah dijaringkan di Anfield dalam perlawanan penuh dramatik.

Dari satu sudut, ianya adalah perlawanan terbaik Arsenal menentang Liverpool manakala dari satu sudut ianya mungkin mencerminkan yang terbaik dan terburuk dari pasukan Rafa Benitez.

Arsenal mendahului perlawanan sehingga babak pertama perlawanan berakhir dengan gol jaringan Andrey Arshavin pada minit ke-36.

Dan memasuki babak kedua perlawanan, ianya terus membuatkan penonton dan penyokong menjadi gila dengan aksi kedua-dua pasukan yang terus menjaringkan gol untuk menamatkan perlawanan dengan keputusan penuh 4-4.

Pemain Arsenal, Arshavin pasti diingati dengan berjaya menjaringkan empat gol pada perlawanan itu.


Sumber rujukan: 11vs11 dan artikel asal adalah daripada Sportskeeda.

Post a Comment

Previous Post Next Post