Manchester United atasi rekod Liverpool.

MANCHESTER UNITED mengesahkan kelab itu telah menandatangani Harry Maguire dengan perpindahan mencatat rekod dunia pada harga £80 juta dari Leicester City.



Maguire, 26 tahun, muncul sebagai pertahanan termahal dunia selepas United memenuhi permintaan The Foxes bagi mendapatkan pemain sasaran utama pengendali kelab, Ole Gunnar Solskjaer.

Pemain antarabangsa England itu dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford sejak musim panas yang lalu dan Manchester City turut berminat mendapatkan tandatangan pertahanan tersebut pada awal jendela perpindahan musim panas ini.

Bagaimanapun, Leicester City meletakkan harga tinggi, menyebabkan Citizens berundur daripada cuba mendapatkan pemain tersebut dan merelakan The Red Devils untuk mendapatkan khidmat bekas pertahanan tengah Hull City itu.

Sebelum ini, United telah menandatangani dua pemain baharu, Daniel James dan Aaron Wan-Bissaka serta kemasukan Maguire yang ditandatangani dengan nilai tinggi disebabkan kecederaan yang melanda Eric Bailly pada pra-musim, yang terpaksa direhatkan untuk tempoh lima bulan, membuatkan United sanggup berbelanja besar.

Posisi Pemain Dari Yuran Perpindahan
MF Daniel James Swansea City £15 juta
DF Aaron Wan-Bissaka Crystal Palace £45 juta
DF Harry Maguire Leicester City £80 juta
JUMLAH £140 juta

Pertahanan England yang memiliki 20 cap itu akhirnya menandatangani perjanjian jangka panjang selama enam tahun, dan perpindahan ini juga telah memecahkan rekod yang dicatat Liverpool sewaktu membeli Virgil van Dijk pada £75 juta dari Southampton pada Januari 2018.

Post a Comment

Previous Post Next Post