Bekas tonggak pertahanan Liverpool, Mark Lawrenson menggesa Jurgen Klopp membawa Gareth Bale ke Anfield sebelum pasaran perpindahan ditutup, Khamis ini.
Kedudukan Bale bersama Real Madrid masih tidak menentu dan Lawrenson berharap Reds mengorak langkah untuk mendapatkan bintang Wales itu.
Pemain sayap berusia 30 tahun itu sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United dan Tottenham selepas berada dalam senarai tidak diingini pengendali kelab Sepanyol itu, Zinedine Zidane.
Real Madrid president Florentino Perez has blocked Gareth Bale's move to China as he believes the Welshman is too valuable a player to let go on the cheap, according to The Telegraph 💰 pic.twitter.com/mggZF4fvO9— Goal (@goal) July 28, 2019
Dia juga dikatakan menerima tawaran lumayan bernilai £1 juta seminggu dari kelab di China, Jiangsu Suning tetapi menolak untuk beraksi dalam Liga Super negara itu.
"Saya percaya, Klopp adalah jurulatih terbaik yang boleh membantu Bale memberikan permainan sebenar.
"Masalah utama pemain ini, dia tidak diletakkan di posisi yang tepat, jadi Liverpool boleh menggunakannya di sayap kiri atau tengah dalam rangkaian tiga penyerang.
"Dia adalah pemain yang memiliki bakat besar dan amat bagus, Klopp pasti tahu bagaimana hendak menggunakan pemain seperti ini," kata Lawrenson kepada Paddy Power via Metro.
![]() |
Lawrenson beraksi untuk Liverpood dari 1981–1988. |
Zidane berulang kali mendedahkan dimana beliau mahu melepaskan pemain tersebut, bagaimanapun gaji Bale yang terlalu tinggi sebanyak £350,000 juta menjadi halangan utama buat kelab-kelab lain untuk membelinya.