Situasi Arsenal dengan pemain 'homegrown' musim depan, 2019/20.

ADAKAH skuad Arsenal bakal berkurangan musim depan selepas dua pemain homegrown meninggalkan pasukan.

Dengan Welbeck dan Ramsey tidak lagi bersama The Gunners dan Ainsley Maitland-Niles kini berusia 21 tahun serta Calum Chambers, Matt Macey dan Emi Martinez kembali dari tempoh pinjaman, dijangkakan kesemua mereka itu bakal memainkan peranan penting dalam skuad utama Emery musim depan.

Tidak keterlaluan untuk mengatakan tidak mustahil mereka mampu mendapat tempat dalam skuad utama Arsenal untuk musim 2019/20, jika bukan dalam saingan liga, pasti dalam saingan domestik yang lain seperti Piala FA dan Piala Liga.

Ini kerana kesemua mereka itu merupakan antara pemain 'homegrown' yang dimiliki Arsenal ketika ini.

Bagi menjelaskan peraturan 'homegrown' secara ringkas, anda hanya boleh mempunyai maksimum 17 pemain bukan homegrown dalam skuad 25 orang anda.

Ini tidak termasuk pemain daripada skuad B21 (untuk musim depan yang bermakna pemain dilahirkan pada atau selepas 1 Januari 1998), anda boleh mempunyai seberapa banyak yang anda mahukan (menggunakan) daripada mereka.


Pemain homegrown adalah seseorang pemain yang telah didaftarkan dengan kelab yang bernaung dibawah FA England atau FA Wales untuk tempoh tiga musim sebelum ulang tahun ke-21nya. 

Berikut adalah pemain homegrown Arsenal menjelang musim depan:
  1. Hector Bellerin
  2. Rob Holding
  3. Deyan Iliev
  4. Alex Iwobi
  5. Carl Jenkinson
  6. Emi Martinez
  7. Ainsley Maitland-Niles
  8. Calum Chambers
  9. Matt Macey
Sementara itu, senarai pemain bukan homegrown Arsenal (setakat ini):
  1. Pierre-Emerick Aubameyang
  2. Mohamed Elneny
  3. Sead Kolasinac
  4. Laurent Koscielny
  5. Alexandre Lacazette
  6. Bernd Leno
  7. Henrikh Mkhitaryan
  8. Nacho Monreal
  9. Shkodran Mustafi
  10. Mesut Özil
  11. Sokratis Papastathopoulos
  12. Lucas Torreira
  13. Granit Xhaka
  14. Konstantinos Mavropanos
  15. Nicolas Pepe
Ini bererti Arsenal hanya boleh membuat dua pembelian pemain bukan homegrown sahaja lagi sebelum kehabisan ruang (maksimum 17 pemain bukan homegrown). 

Sekiranya Arsenal menjual ataupun melepaskan pemain homegrown yang dimiliki ketika ini seperti Macey, Iliev, Jenkinson dan Chambers (yang dikatakan bakal dilepaskan), The Gunners pasti perlu mencari penggantian mereka untuk memastikan sekurang-kurangnya memiliki lapan pemain homegrown. 


Jika tidak, senarai skuad utama mereka akan mengurangkan di bawah (jumlah maksimum) 25 pemain untuk setiap pemain homegrown yang berkurangan.


Dan Mattéo Guendouzi berumur 20 tahun ketika ini, masih terselamat kerana belum mencapai tahap 21 tahun untuk dikira sebagai homegrown ataupun bukan homegrown walaupun beraksi dalam pasukan utama Arsenal.

Post a Comment

Previous Post Next Post