Masihkah ada sinar untuk Mesut Ozil bersama Arsenal?

DUA hari sebelum perlawanan menentang Liverpool, Emery mengatakan bahawa Ozil sedia beraksi untuk pertembungan itu.



Namun menjelang hari perlawanan, nama beliau langsung tidak tersenarai dalam senarai 18 pemain yang dibawa untuk menghadapi Liverpool.

Apa sebenarnya yang berlaku?

Jika sebelum ini, beliau dan Kolasinac terlibat dalam insiden cubaan merompak terhadap mereka berdua, namun dengan rehat dan pelepasan khas diberikan terhadap mereka, hanya Kolasinac seorang sahaja yang telah membuat penampilan semenjak itu.

Malahan dalam dua perlawanan sebelum ini (menentang Burnley dan Liverpool), hanya nama Kolasinac berada dalam senarai skuad utama Emery.

Manakala Ozil pula masih tidak disenaraikan apatah lagi untuk membuat sebarang penampilan walaupun beraksi cemerlang pada perlawanan pra-musim The Gunners.

Dan pada Ahad ini (1 September, jam 111.30 malam - waktu Malaysia), The Gunners bakal beraksi dalam North London Derby menentang Spurs.
Sudah pasti kita amat teruja untuk melihat aksi Ozil bergandingan dengan pemain-pemain baharu yang dibawa masuk musim ini.

Mesut Ozil telah berulang kali dikaitkan dengan perpindahan dari Arsenal tetapi Unai Emery tidak mengharapkan perancang Jerman itu pergi.

Unai Emery telah memberi bayangan dimana terdapat lebih ramai pemain akan meninggalkan Arsenal sebelum jendela perpindahan Eropah ditutup tetapi telah menafikan dakwaan bahawa Ozil diberikan peluang untuk meninggalkan Emirates musim ini.

Pemain tersebut mengalami kecederaan dan tidak konsisten sejak Emery mengambil alih tugas dari Arsene Wenger tahun lepas, hanya memulakan 20 perlawanan daripada 38 perlawanan Liga Perdana Arsenal musim lalu (2018-19).

Walaupun sudah kembali menyertai latihan, tetapi aksi beliau dalam perlawanan sebenar masih gagal digunakan.

Dan pengendali Arsenal, Emery telah membuka peluang buat pemain tersebut untuk membuat kemunculannya ketika menentang Tottenham pada hari Ahad ini.

"Minggu ini dia berlatih dengan baik dan berkembang secara fizikal dengan lebih baik," kata Emery pada sidang media semalam.

"Dia semakin dekat dengan kami dan boleh beraksi untuk hari Ahad, saya rasa."

Ketika ini kebanyakan pasukan utama di luar England berusaha menyelesaikan urusan perpindahan terkini mereka sehingga hari Isnin nanti (2 September) dan Ozil adalah salah seorang daripada beberapa pemain Arsenal yang telah dikaitkan dengan perpindahan.

Dan jelas sekali Emery tidak mempertimbangkan untuk menjual Ozil, tetapi Nacho Monreal boleh berada dalam perjalanan ke Real Sociedad.

"Kami tidak dapat menandatangani pemain lain, tetapi kami mempunyai beberapa pemain kemungkinan untuk pergi dalam empat hari nanti," katanya.

"Kelab sedang bekerja. Sesetengah pemain tahu keadaan mereka, tetapi tumpuan saya adalah pada perlawanan hari Ahad.

"Kami tidak bercakap tentang kemungkinan untuk Mesut pergi. Monreal? Ya, dia satu kemungkinan. "
Arsenal masih kehilangan khidmat beberapa pemain pertahanan seperti Rob Holding, Kieran Tierney dan Hector Bellerin untuk perlawanan hujung minggu ini menentang Tottenham.

Tetapi ketiga-tiga pemain itu bakal kembali ke pasukan utama tidak lama lagi.

"Holding berlatih bersama kami, bermain dengan pasukan bawah-23 tetapi tidak 100 peratus cergas untuk perlawanan pada hari Ahad," kata Emery.

"Dengan dua yang lain, kita perlu tenang, tetapi, kita perlu menuntut pemulihan mereka kerana kita memerlukannya.

"Cuti antarabangsa akan memberi kita dua minggu untuk menguji mereka lebih baik daripada sebelumnya, kerana sekarang tumpuan saya dengan pasukan adalah pemain yang akan disediakan pada hari Ahad dan untuk bersiap sedia dengan mereka."

Kali terakhir pertemuan North London Derby ini menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam saingan Liga Perdana (2 Mac 2019) yang dilangsung di Stadium Wembley yang menjadi stadium utama Tottenham musim lalu. 

Post a Comment

Previous Post Next Post